Salam semua...
Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang seni kraf yang memerlukan penelitian yang terperinci dah kelembutan tangan si pembuatnya bagi menghasilkan produk yang berkualiti. Di Terengganu produk kraf dari anyaman sangat terkenal dengan kehalusan rekaan corak yang menarik. Anyaman ialah proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut, kercut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut serta perlu melalui beberapa proses sebelum ianya boleh di anyam.
Contoh produk anyaman :
Daun Mengkuang yang telah diwarnakan |
Daun Kercut |
Daun Mengkuang dan buluh |
Daun Mengkuang |
Jika anda berminat untuk memilikinya boleh di beli di Pasar Besar Kedai Payang dengan harga yang berpatutan
salam..kalau saya nak tempah serkup ayam yang di perbuat daripada buluh boleh ker..
ReplyDeletekalau sy nak buat resesrch , bolee tak ?
ReplyDelete