Sunday, November 1, 2015

Jom Buat Duit dalam USD

Assalamualaikum.....
Wah lama sungguh tak update blog... ada sesiapa mencari- cari untuk buat duit melalui Affiliate. Nah ini la yang saya nak share dengan anda semua. 

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, Amazon.com adalah kedai online terbesar di dunia. Sejak 1998 Amazon telah menjual berjuta-juta produk online, dan kini mempunyai

Kini anda boleh merebut peluang untuk menjadi pemilik "francais" Amazon dengan membuka kedai online sendiri. Untuk mereka yang merebut peluang ini, anda akan mendapat:

1. Gambar & deskripsi berkualiti tinggi untuk semua produk yang anda nak jual.
2. Harga produk yang paling rendah dan tidak boleh ditandingi Zalora atau Lazada.
3. Berpuluh-puluh ulasan produk yang asli dari pembeli produk tersebut.
4. Amazon akan menguruskan semua hal pesanan dan bayaran.
5. Amazon akan menguruskan semua hal shipping / penghantaran.
6. Amazon akan menguruskan semua hal refund / pulangan.
7. Amazon akan mambayar anda sehingga 10% untuk setiap jualan.
8. Anda boleh menjual produk kepada pelanggan dari seluruh dunia, bukan sahaja di Malaysia.
9. Amazon akan membayar kos pengiklanan untuk menarik pelanggan.
10. Anda tidak perlu mengeluarkan modal yang tinggi untuk membuka francais.

Untuk masa terhad, anda boleh mendapatkan sistem "kedai affiliate segera" ini dengan diskaun 90%! Harga akan naik tak lama lagi jadi saya cadangkan anda rebut tempat anda untuk menjadi antara rakyat Malaysia yang pertama untuk menjana wang online menggunakan sistem baru ini!
Produk paling hebat tahun 2015 sedang LIVE sekarang, dan untuk masa yang terhad anda boleh mendapatkannya dengan harga yang diskaun. Dengan produk ini, sesiapa pun boleh membina kedai online sendiri dan mendapat pelanggan dari seluruh dunia, walaupun mereka: 
• Tidak pandai membina laman web 
• Tidak faham cara mengendali hosting 
• Fail Bahasa English dalam SPM 
• Tidak pandai mencari pembekal 
• Tidak sanggup menguruskan shipping 
• Tidak berani melaburkan modal yang besar

Produk ini akan mengegarkan pasaran Malaysia dan membantu ramai rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan sampingan dalam USD, tanpa perlu keluar rumah atau berjumpa sesiapa. Ini bukan MLM, bukan pelaburan saham, atau sebagainya.Ini peluang anda untuk membina bisnes online yang sah & menguntungkan.

Thursday, February 16, 2012

Sambutan Maulidulrasul Peringkat Daerah Marang

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia....

Agak lama saya tidak update blog disebabkan kekangan masa. Apapun saya ingin berkongsi cerita dengan pembaca semua tentang Sambutan Maulidulrasul Peringkat Daerah Marang. Sambutan amat meriah sekali, tidak terasa walaupun berarak di tengah panas mentari.



Pada bulan RabiulAwal setiap tahun, rata- rata semua orang  mengambil kesempatan untuk menyambutnya demi meraikan Hari Kelahiran Nabi junjungan kita, Muhammad S.A.W.  Hari ini saya telah menghadiri Sambutan Maulidurasul Peringkat Daerah Marang yang di adakan di Bukit Payong. 

Majlis ini dirasmikan oleh Yb. Dato Yahya Khatib Mohamad bertemakan "PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH". Dianggarkan seramai 178 kontigen yang menyertai perarakan ini. Penyertaan dari  wakil badan kerajaan, badan berunifom, JKKK, dan sekolah sekitar Daerah Marang. Sambutan orang ramai dari semua peringkat umur dianggarkan seramai 10 ribu orang yang berarak dari Masjid Kg. Surau Haji Mat Zain ke Masjid Bukit Payong seawal jam 8.30 pagi. Pertandingan kontigen terbaik juga diadakan pada hari ini dan yang menang membawa pulang hadiah. Bagi yang kalah cuba lagi di tahun hadapan.

Bagi saya semua yang hadir ini menang, hadiah bukan ukuran segalanya, yang penting semangat perpaduan yang ada dalam diri masing- masing. Semua peserta dari setiap kontigen bersemangat untuk menghabiskan perarakan dengan alunan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Walaupun muka masing- masing berpeluh mandi, mereka tetap tersenyum manis demi menjayakan majlis yang julung kali diadakan ini.

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PERARAKAN MAULIDURASUL PERINGKAT DAERAH MARANG

Tuesday, November 9, 2010

Tahniah Kepada Pemenang Hadiah Pertama



Salam semua....saya ingin mengucapkan tahniah tidak terhingga kepada Haizan kerana berjaya menjadi pemenang. Memang blog Haizan sangat bombastik memang layak mejadi pemenang hadiah utama. Saya amik berkat je duduk kat sebelah Haizan :).

Thursday, September 30, 2010

Lagu Joget Terengganu

Lagenda Bukit Puteri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ini saya ingin mengajak pembaca semua ke Bukit Puteri. Tempat ini merupakan salah satu tempat bersejarah yang terdapat di Terengganu. Kedudukannya di dalam bandar Kuala Terengganu di tepi muara sungai serta berhampiran dengan Pasar Besar Kedai Payang memudahkan pengunjung untuk datang melawat ke tempat bersejarah ini. Lokasinya juga amat strategik sebagai aset perlancongan kerana berhampiran dengan Bangunan bersejarah lain iaitu Istana Maziah dan Masjid Abidin. Terdapat artifak menarik yang kita boleh lihat di sini seperti gambar yang saya paparkan di bawah ini.

Tiket dan waktu lawatan ke Bukit Puteri

Genta (Loceng besar)
Ha...ini namanya Genta atau loceng besar. Mengikut sejarah, ianya dibuat semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (tahun 1326H/1908M). Genta ini dipukul untuk memasyurkan jika ada sesuatu bencana berlaku seperti orang mengamuk, kebakaran atau musuh melanggar negeri. Jika Genta ini dibunyikan semua pembesar dan segala hamba berlari ke istana bersiap sedia lengkap dengan senjata sekiranya ada orang mengamuk atau musuh menyerang. Manakala jika berlaku kebakaran mereka akan datang membantu. Sekarang ini Ginta masih digunakan untuk mengumumkan masa berbuka, masuk waktu sahur dan imsak pada bulan Ramadhan. Ginta dibunyikan dan diikuti dengan satu das tembakan meriam.

Kubu Pertahanan
Mengikut sejarah, Kubu ini dibina untuk pertahanan. Ianya dibina oleh Baginda Umar yang dibina daripada batu bata. Di dalam kubu ini terdapat Singahsana, lubang simpanan peluru meriam, tiang bendera diraja dan rumah api.

Singahsana
Ini ialah Singahsana. Mengikut sejarah, ianya dibina oleh Sultan Baginda Umar sebagai tempat baginda bersemayam bagi membincangkan pelbagai strategi dengan pembesar- pembesar.

Lubang Ubat Bedil
Mengikut sejarah, Lubang ubat bedil ini terletak di belakang Singahsana, lubang ini digunakan untuk menyimpan peluru meriam semasa berlaku perang saudara pada tahun 1831 dan 1839.



Rumah Api
Menjadi panduan kepada nelayan- nelayan dan kapal- kapal berlabuh di kuala


Meriam Beranak
Ha...kenapa meriam ini dinamakan Meriam Beranak? Mengikut catatan pada papan tanda itu ia digelar Meriam Beranak kerana kedudukannya berdekatan di antara satu sama lain dan saiznya juga berbeza. Meriam berukuran besar itu dikatakan ibu kepada meriam yang kecil itu.

Monday, September 27, 2010

Jom menjamu selera

Medan Selera yang terkenal di Kelulut
Jika anda terasa lapar dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Dungun atau sebalinya bolehlah singgah di sini untuk menjamu selera dan sambil merehatkan minda bersantai di tepi pantai. Lokasinya sangat srategik di tepi pantai Kelulut. Jarak dari Kuala Terengganu lebih kurang 30km. Pelbagai makanan terdapat di sini. Paling terkenal ikan bakar, sotong, ikan, udang celuk tepung dan "alacate" pun ada.

Ikan Bakar Panas

Ini dia ikan segar yang sedang dibakar di atas daun pisang membuatkan aromanya fuh...tidak sabar menunggu. Anda boleh memilih jenis ikan atau sotong yang ingin dibakar. Harga juga berpatutan mengikut saiz dan berat. Tapi berbaloi berbelanja di sini. Buat duit datang sini berbelanja haha...


Landasan Keretapi ke Pelabuhan

Keretapi yang membawa bijih besi (sumber foto : Rakan Sejarah Dungun)
Keretapi merupakan pengangkutan utama ketika zaman kegemilangan perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun pada abad ke 20 lalu. Pengangkutan ini bermula dari Bukit Besi ke Dungun dengan melalui kampung-kampung tradisi seperti Kg. Laut, Pinang, Padang Pulut, Kemudi, Kumpal, Serdang, Binjai, Che Lijah, Nibong dan Sura. Selain keretapi berwagon yang mengangkut bijih, ia juga dijadikan sebagai pengangkutan yang membawa pekerja dan penumpang untuk berulang alik tanpa mengenakan sebarang bayaran dari Bukit Besi dan laluannya ke Bandar Dungun.


Landasan keretapi yang membawa bijih besi ke tengah laut untuk di muatkan ke dalam kapal.besar. Kini tinggal tiang ini sebagai bukti kewujudan Pelabuhan Sura Jeti suatu ketika dahulu. Jika anda mahu lihat dengan lebih dekat tiang ini boleh pergi ke Pantai Teluk Lipat Dungun. Jaraknya lebih kurang 5 minit dengan menaiki kereta dari bandar Dungun.