Showing posts with label Air terjun. Show all posts
Showing posts with label Air terjun. Show all posts

Wednesday, June 23, 2010

Jom Ke Gunung Tebu

Gunung Tebu adalah salah satu gunung yang terdapat di negeri Terengganu. Sekiranya anda ingin merasai suasana hutan asli yang dipenuhi dengan pokok- pokok balak yang besar anda boleh la berkunjung ke sini. Untuk sesiapa yang gemarkan aktiviti lasak atau aktiviti luar seperti berkhemah atau memanjat bukit,Gunung Tebu merupakan tempat yang amat sesuai untuk aktiviti seperti itu. Gunung Tebu ini juga sebenarnya terletak di dalam Hutan Lipur Lata Belatan. Kalau naik ke puncak gunung ini kita boleh nampak Pulau Perhentian kerana mengadap dengan laut China Selatan. Katanya di puncak gunung tebu ini terdapat sebuah kubur lama. Biasanya pengamal ilmu persilatan gemar bertapa di sini. Kalau nak tahu lebih lanjut datang la ke Gunung Tebu. Jaraknya dari Bandar Jertih lebih kurang 24 Km dan dari Kuala Terengganu pula 118 KM. Sesiapa yang ingin mencari kedamaian dan ketenangan bolehlah berkunjung ke sini. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan disini contohnya seperti resort dan pondok Jabatan Hutan. Selain itu, terdapat juga kemudahan lain seperti gerai- gerai dan astaka serta kemudahan elektrik untuk kemudahan pengunjung.






Monday, June 7, 2010

Lata Tembakah



Cantikkan? Ini la dia air terjun Latar Tembakah. Melihat kehijauan alam semulajadi betapa indahnya ciptaan Ilahi memberi ketenangan minda kepada sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke sini. Deruan air yang menghempas batu dan bunyi cengkerik serta unggas memecah kesunyian hutan yang damai membuat diriku tenang. Air terjun Lata Tembakah tidak asing lagi di negeri Terengganu. Ianya terletak didalam Hutan Simpan Pelagat dan tidak jauh dari Pekan Seri Langkap lebih kurang 67km. Jaraknya dari Kuala Terengganu pula lebih kurang 94km.


Di sini terdapat alur sungai yang mengalir laju dan air terjun yang cantik. Airnya yang jernih sehingga boleh melihat anak- anak ikan berenang menjadi tumpuan kanak- kanak yang cuba menangkapnya. Kawasan air terjun ini amat sesuai untuk membawa keluarga berkelah.


Friday, June 4, 2010

Hutan Lipur Sekayu



Sungguh nyaman udara di Sekayu pada waktu pagi. Saya dan rakan sempat singgah sebentar menghirup udara segar di sana. Nasib kami sungguh baik hari ini kerana tidak perlu membayar tiket kerana merupakan pengunjung yang terawal dan penjaga kaunter masih belum sampai. Sepatutnya semua pengunjung akan dikenakan tiket masuk sebanyak RM 1.


Tempat letak kenderaan yagn banyak dan selamat memudahkan pengunjung untuk berkunjung ke sini

Rumah penginapan yang selesa dan harga berpatutan untuj pengunjung yang ingin bermalam di sini


Hutan Lipur Sekayu merupakan destinasi perlancongan yang terkenal di Negeri Terengganu. Bagi sesiapa yang meminati aktiviti "outdoor recreation" boleh berkunjung ke sini kerana ianya jauh dari kesibukkan kota. Air terjun Sekayu memang tidak asing lagi dikalangan rakyat negeri Terengganu, setiap hujung minggu memang akan dipenuhi dengan ramai pengunjung dari dalam dan luar negeri. Kadar pengunjung yang mengunjungi kawasan Air Terjun Sekayu pada musim cuti sekolah meningkat berbanding dengan hari- hari biasa.

Deruan air yang mengalir dari Sekayu dan Sungai Tersat sesuai untuk merehatkan badan dan minda kepada sesiapa yang mengunjunginya. Airnya yang cetek memberi keyakinan kepada ibu bapa untuk melepaskan anak- anak mereka mandi dan bermain. Kebanyakkan ibu bapa memilih untuk mengunjungi Air Terjun Sekayu menjalankan aktiviti bersama keluarga.


Pelajar- pelajar sekolah serta bagi sesiapa yang gemar berkhemah, di sini disediakan tapak perkhemahan khas. Lokasinya yang tidak jauh dan hanya mengambil masa lebih kurang satu jam dari Bandar Kuala Terengganu dan lebih kuang 15 minit dari Bandar Kuala Berang menggamit pengunjung untuk datang ke sini. Terdapat pokok- pokok kayu balak yang telah dilabel sesuai untuk kajian mereka yagn ingin mendalami ilmu perhutanan.


Selain daripada menjalankan aktiviti mandi, berkelah, pengunjung juga boleh melihat pelbagai spesis bunga orkid yang di tanam tanam orkid dan herba di taman herba dan buatan. Nak tahu lebih lanjut kena la datang ke Sekayu.

Taman Herba


Paling menarik apabila datang ke Sekayu, terasa suasana keaslian kampung kerana di sepanjang jalan kita boleh lihat pokok- pokok kayu menghijau serta kerbau- kerbau mandi dan makan rumput di hilir sungai Sekayu.