Showing posts with label Seni Tradisonal Tempatan. Show all posts
Showing posts with label Seni Tradisonal Tempatan. Show all posts

Saturday, August 7, 2010

Rodat


Dipercayai Rodat ini berasal dari negara Arab  dan di bawa masuk ke Malaysia melalui Sambas, Indonesia. Rodat merupakan ringkasa dari dua perkataan iaitu Hadrat Baghdad yang membawa maksud Zikir Baghdad. Persembahan Rodat lebih berunsurkan keagamaan memuji Allah dan Nabi. Ia juga berunsurkan nasihat, lawak jenaka yang mengajak masyarakat untuk memajukan diri dalam bidang sosial dan budaya. Kebiasaannya Rodat ini dipersembahkan dalam majlis perkahwinan, kebudayaan dan hari kebesaran Raja- raja. Bilangan ahli dalam kumpulan ini seramai 20-26 orang yang dibahagikan kepada "pelnggik" (12 orang penari lelaki), 'pengadi'(8 orang pemain drum) dan 'mak inang' (4-6 penari perempuan).

Gamelan

Jika dikaji dari sudut sejarah asal usul bermula Tarian Gamelan ini merupakan sebuah tarian istana yang popular dalam zaman kesultanan Riau-Lingga iaitu pada masa pemerintahan Sultan Abdul Rahman II. Tarian ini mula diperkenalkan di Tanah Melayu iaitu di Istana Bendahara Tun Ali, Pahang di masa perkahwinan anakanda baginda. Di Negeri Terengganu pula pada mulanya Gamelan diperkenalkan dalam bentuk muzik sahaja dan dikenali sebagai ‘keromong’. Dikatakan Tarian Gamelan di Terengganu diperkenalkan sewaktu perkahwinan Tengku Meriam iaitu puteri Sultan Ahmad dengan Zainal Abidin II. Tarian Gamelan ( ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja ) diiringi oleh muzik yang terdiri dari alat-alat seperti Gambang, Sarom, Keromong, Kenang, Gong dan Gendang. Penari-penari pula memakai pakaian yang direka khas dan berwarna-warni. Hiasan kepala seperti Gandek, Gerak Gempa, Tajok, Goyang Tengkuk mencantikkan penari-penari. Hiasan lain yang dipakai ialah Dokoh, Gelang Kaki dan Gelang Tangan. Lebih kurang 39 tarian dicipta untuk ditarikan yang berdasarkan cerita-cerita panji. Antaranya ialah Taman Sari, Ketam Renjong, Ayak-Ayak, Timang Burung Lantai Lima, Perang Manggong dan sebagainya. ~sumber dipetik dan diubahsuai dari Web Perpustakaan Terengganu~

Anak Burong Baniong

Tarian Anak Burung Baniong  yang berasal dari kampung Kuala Jengai di Hulu Terengganu. Bahan seperti pucuk kelapa (Saba) yang dijadikan bahan utama, bertih, kemenyan dan berjenis alat yang penuh dengan semangat digunakan dalam tarian ini. Penari-penari akan menari dalam jelmaan binatang-binatang. Tarian ini pada suatu masa dahulu adalah merupakan sebuah tarian pemujaan. Dikatakan temasya ini diadakan selepas musim menuai, sembuh dari penyakit, menyambut tetamu datang dan bila cukup tahun tetapi kini tidak diamalkan kerana ketinggian ilmu keagamaan, ianya dipersembahkan sekadar untuk persembahan kebudayaan. Alat-alat muzik tradisional digunakan dalam persembahan ini seperti anak ambang (buluh), anak cerating, rebana dan seruling digunakan membentuk sebuah okestra sementara lagu-lagu yang dinyanyikan pula adalah di dalam bentuk nada dan irama kontemporari.

Thursday, July 15, 2010

Tarian Ulik Mayang




Tarian Ulik Mayang merupakan kesenian tarian asli masyarakat Terengganu. Menurut cerita orang tua- tua pada zaman dahulu ada dua orang nelayan yang terdampar di pantai tidak sedarkan diri. dan dipercayaan diganggu oleh penunggu laut. Kemudian bomoh dipanggil untuk memulihkan nelayan tersebut dengan upacara memuja semangat pantai. Ada tujuh orang puteri yang menari sewaktu bomoh menjampi serapah nelayan yang tidak sedarkan diri itu.  Puteri ini juga  dikenali dengan puteri tujuh. Sejak dari itu upacara pemujaan pantai sering diadakan sebagai persembahan kepada penunggu pantai untuk menjamin keselamatan nelayan dan mendapat hasil tangkapan yang banyak.

Tarian ini di tarikan oleh 10-15 orang penari. Mayang pinang digunakan dalam tarian ini. Sebelum itu, mayang pinang tadi akan dipuja serta digoncang- goncangkan atas bekas kemenyan sehinggalah ia merasakan mayang pinang tersebut bergoncang dengan sendirinya dan dilepaskan kepada penari lain. Kemuncak tarian ini apabila penari yang memegang mayang itu tidak sedarkan diri. Pada masa kini kepercayaan memuja semangat laut sudah tidak ada lagi dan ianya hanya tinggal dan dijadikan sebagai hiburan.