Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, September 23, 2010

Kuih Cek Mek Molek

Cek Mek Molek
Bahan- bahan :
  • 1 kg ubi keledek
  • 200 gm tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu planta
  • Gula
  • Air
Cara- cara :

Ubi keledek direbus bersama air dan garam sehingga empuk. Angkat ubi keledek yang direbus kemudian ditumbuk sehingga hancur. Masukkan bahan di atas dan kacau sehingga menjadi doh.Masukkan garam sedikit sahaja. Bulatkan doh menjadi bebola. Kemudian doh tadi di leperkan, seterusnya letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah selesai semuanya bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas. Goreng sehingga kekuning- kekuningan.

Cadangan : Sesuai di makan bersama air teh atau kopi di waktu pagi dan petang

Wednesday, September 8, 2010

Tapai Beras

Tapai Beras


Salam semua, hari ini adalah hari ke 29 Ramadhan dan dikenali juga hari untuk membuat tapai.  Para ibu- ibu sibuk di dapur untuk merancang juadah istimewa hari raya. Tapai beras merupakan makanan tradisi rakyat Terengganu pada hari raya bersama sanak saudara dan rakan taulan. Walaupun banyak kuih muih moden dijual tetapi tapai beras tetap menjadi juadah utama di hari raya. Pada hari ini juga sanak saudara, adik- beradik yang merantau di seluruh pelosok tanah air pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca resepi membuat tapai beras yang manis.

Bahan- bahannya :
  • 1 biji ragi/ yis
  • 2 kg beras
  • Daun untuk membungkus tapai : daun getah/pisang
Cara- cara :
  1. Beras perlu dibasuh bersih dan kukus sehingga masak
  2. Sejukkan beras tadi
  3. Ragi perlu dihancurkan sehingga menjadi debu dan ditapis
  4. Masukkan ragi sedikit demi sedikit dan digaulkan sehingga sebati
  5. Masukkan ke dalam daun dan bungkus
  6. Setelah siap membungkus, masukkan ke dalam baldi yang kedap udara selama 3 hari 2 malam
Sebaik sahaja masuk hari ke-3, tapai tadi sudah masak dan boleh dihidangkan
perhatian : pemilihan ragi sangat penting untuk memastikan tapai beras yang dibuat itu manis





Saturday, August 7, 2010

Laksam

BAHAN- BAHAN :

1) Laksam
- 200gm tepung beras
- 40 g tepung gandum
- 1 sudu tepung ubi
- sedikit garam
- 550 - 600 ml air

2) Kuah

- 600gm ikan sardin/selayang, rembus, ambil isi dan tumbuk
- 2 L santan (2 biji kelapa)
- 6 ulas bawang merah (dikisar)
- 4 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 cm halia (dikisar)
- 1 sudu lada hitam (ditumbuk)
- sedikit garam dan gula

3) Ulam
- kacang panjang dan timun (dipotong halus)
- Daun kesum, kobis, daun serai kayu (dimayang halus)
- tauge

4) Sambal belacan
- cili padi
- limau kasturi
- garam dan gula
- belacan

Cara membuat :
  1. Masukkan semua bahan untuk kuah dan masak sehingga mendidih. Kemudian perlahankan api dan reneh sehingga pekat. Angkat dan ketepikan.
  2. Untuk laksam, kacau semua jenis bahan di atas sehingga sebati dan adunan tidak terlalu cair dan pekat. Sapukan minyak pada tudung periuk agak tidak melekat, kemudian masukkan satu senduk adunan dan kukus sehingga masak lebih kurang dua minit. Kemudian gulung sewaktu masih panas. Biarkan sejuk dan dipotong.
Cara Hidangan :

Masukkan laksam bersama kuah serta sambal belacan. Untuk lebih enak perah sedikit limau nipis.

Saturday, July 3, 2010

Nasi Dagang Terengganu

Bahan- bahan Nasi :
  • 6 ulas bawang merah (dimayang halus)
  • Halba
  • 2cm halia (dimayang halus)
  • 2 cawan santan pekat
  • Sedikit garam
Bahan- bahan kuah :
  • 1 kg beras siam
  • 1/2 cawan beras pulut
  • 1 ekor (1 kg) ikan tongkol/ aya (direbus)
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 hiris halia
  • 2 sudu rempah nasi dagang
  • 1 keping manisan (gula melaka)
  • 1 biji santan kelapa
  • 2 sudu cili giling
  • garam
  • 10 biji belimbing buluh
Bahan- bahan acar :
  • 2 biji timun
  • 2 biji cili besar
  • sehiris halia
  • Gula, garam, cuka secukup rasa

Cara- cara :-

Nasi
  1. Basuh bersih beras siam dan beras pulut, kemudian kukus lebih kurang 30 minit masukkan ke dalam bekas.
  2. Masukkan 1 cawan santan pekat yang ditambah dengan sedikit air dan kacau sehingga semua sebati.
  3. Kemudian masukkan ke dalam periuk tadi dan kukus selama 15 minit dan masukkan ke dalam bekas.
  4. Masukkan santan, halba, sedikit garam, halia dan bawang merah ke dalam periuk dan didihkan selama beberapa minit.
  5. Kemudian campurkan ke dalam nasi yang telah masak dan kacau sehingga sebati.
Kuah
  1. Tumis halia, bawang merah , bawang putih, cili giling dan rempah nasi dagang sehingga keluar bau.
  2. Masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih
  3. Masukkan ikan tongkol/aya, belimbing buluh, manisan dan garam secukup rasa.
  4. Heningkan sehingga pekat dan siap untuk dihidangkan
Acar
  1. Potong 2 biji timun
  2. Masukkan bawang merah dan sehiris halia yang di mayang halus
  3. Masukkan cili besar yang telah dipotong
  4. MAsukkan sedikit cuka, garam dan gula secukup rasa
  5. Kacau dan sedia untuk di hidangkan

Wednesday, June 23, 2010

Kek Pelangi


Bahan- bahannya :

1 1/2 cawan gandum

1/2 sudu kecil soda

1/2 sudu kecil baking powder

4 biji telur

1 cawan marjerin

1 cawan gula


Cara- caranya :

  1. Pukul telor dgn gula smp kembang
  2. Masuk marjerin dan kacau dalam bentuk putaran satu arah
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga rata
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna
  5. Bakar @ kukus secara berperingkat setiap warna selama 7 minit
  6. kemudian gabungkan 3 warna tadi bakar @ kukus sehingga masak lebih kurang 45 minit
Sejukkan dan siap untuk dihidangkan...mudahkan cubala....

Kek Pisang


Bahan- bahannya :

1 cawan gandum
1/2 sudu kecil soda
1/2 sudu kecil baking powder
4 biji pisang
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
3 biji telur

Cara- caranya :

  1. Masukkan gandum, soda dan baking powder dan gaulkan sehingga rata dan ketepikan
  2. Pukul telur dengan gula sampai kembang
  3. Masukkan tepung, minyak dan pisang (dilenyekkan)
  4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan kukus ataupun bakar
cubala senang, cepat dan sedap..............

Monday, June 21, 2010

Bubur Lambuk Special Terengganu









Bahan- bahannya :

1 cawan beras (rebus sehingga menjadi bubur)
1/2 kg keledek oren dipotong dadu
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang merah
2 cm halia
1 sudu kerisik (kelapa yg digoreng garing dan ditumbuk)
7 ekor ikan selayang/sardin (kukus dan ambil isinya)
1/s cawan ikan bilis
2 batang serai (diketuk)
1 cawan pekat santan kelapa
2 sudu budu
2 ikat pucuk paku merah/midin
2 tangkai daun cekur manis
1 ikat daun kesum
5 helai daun kadok
4 tangkai daun kemangin
1 ikat kangkung
Air secukupnya

Cara- cara membuatnya :
  • Rebus beras sampai menjadi bubur
  • Tumbuk lada hitam, serai, bawang, halia bersama isi ikan sehingga lumat
  • Masukkan keledek dan ikan bilis ke dalam periuk biar mendidih bersama bubur nasi
  • Masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama kerisik ke dalam periuk dan kacau sehingga rata
  • Masukkan santan kelapa dan kacau sehingga sebati
  • Masukkan budu serta sayur- sayuran tadi dan kacau
  • Kemudian masukkan garam secukup rasa, tambah air jika bubur terlalu pekat
Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan. Jika mahu lagi sedap makan bersama cili jeruk atau sambal belacan.

Kerabu pucuk paku

Bahan- bahannya :

  • 3 ikat pucuk paku (rebus dan toskan airnya)
  • 4 ekor ikan ( selayang/sardin) - direbus dan isinya ditumbuk
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk)
  • Sedikit lada hitam (tumbuk)
  • Sebatang serai (tumbuk)
  • Setengah cawan santan pekat
  • Secawan kelapa yang telah di mesin dan digoreng sehingga warna keperang- perangan
  • Sedikit garam
  • 1 sudu gula
Cara- cara membuatnya :
  • Masukkan bawang merah, lada hitam, serai dan isi ikan yang ditumbuk tadi ke dalam pucuk paku.
  • Masukkan kelapa yang telah digoreng tadi
  • Masukkan santan, garam, gula secukup rasa
  • Gaulkan sehingga sebati dan sedia untuk di makan