Showing posts with label Pulau- pulau menarik di Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Pulau- pulau menarik di Terengganu. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

Jom Berehat Di Pulau Kapas


Jom kita tengok keindahan Pulau Kapas, memang best. Semua orang memang biasa dengar tentang Pulau Kapas. Ianya terletak di Marang iaitu 15 minit dari Kuala Terengganu. Macam mana nak ke sana?Hem....di Marang ni ada satu jeti ke Pulau Kapas. Kalau anda dari luar negeri Terengganu dan tiba di sini lewat petang anda boleh menginap di Marang Waterfront Resort berhampiran dengan jeti sementara menunggu waktu pagi untuk ke Pulau Kapas. Masa yang diambil untuk ke Pulau Kapas dari jeti Marang lebih kurang 10 minit menggunakan bot laju. Anda tidak perlu risau di sini banyak kemudahan tempat meletak kenderaan dan selamat.

Marang Waterfornt Resort & Spa

Tempat penginapan sementara yang selesa dan harga yang berpatutan terletak berhampiran dengan jeti ke Pulau Kapas untuk mereka yang tinggal di luar Terengganu

Kaunter- kaunter tiket

Kaunter- kaunter yang menyediakan perkhidmatan dan pakej dengan harga yang berpatutan ke Pulau Kapas terletak berhampiran dengan jeti


Jeti Ke Pulau Kapas

Penumpang-penumpang beratur sebelum menaiki bot laju ke Pulau Kapas


Best betul pusing- pusing Pulau Kapas dengan bot. Airnya sangat jernih sehingga boleh nampak ikan yang bewarna-warni berenang-renang di dasarnya. Paling menarik dan tidak terkata apabila melihat terumbu karang yang beralun- ralun di dasar laut. Memang cantik dan tidak ternilai harganya. Di sini kita boleh menjalankan pelbagai aktiviti diantaranya pergi menangkap ikan menggunakan bot nelayan di waktu malam dan hasil tangkapan yang segar di buat barbeque. Selain itu aktiviti yang terkenal di sini iaitu 'diving' dan 'snorkelling' menyelongkar khazanah laut yang berharga.




Di antara kumpulan ikan yang dijumpai semasa menaiki bot mengelilingi Pulau Kapas. Sunggu cantik ikan yang bewarna kuning berjalur hitam kelihatan berenang- renang menagkap roti yang dilemparkan, ada juga yang melompat- lompat untuk menangkap makanan. Ikan-ikan ini bergerak secara berkumpulan.

Berjalan- jalan sambil menikmati keindahan alam di pesisir pantai di Pulau Kapas.

Di antara terumbu karang yang sempat di rakam ketika air laut surut.

Tuesday, June 15, 2010

Pulau Rhu


Pulau Rhu dari yang di ambil dari Pantai Bukit Keluang


Pulau Rhu merupakan diantara pulau- pulau terkecil yang terdapat di Malaysia. Pulau ini merupakan pulau yang paling hampir lokasinya dengan daratan dan tiada penempatan. Pulau ini cukup digemari oleh kaki pancing untung ke sana. Bagi kaki- kaki pancing bolehnya mencuba nasib di sana sambil menikmati keindahan alam semujadi. Dari bukit keluang anda boleh pergi ke sana dengan menggunakan bot biasa.

Monday, June 14, 2010

Sehari di Pulau Perhentian

Salam semua, hari ini saya ingin membawa anda semua ke Pulau Perhentian. Saya dan keluarga bertolak dari jeti Kuala Besut dengan menaiki bot kepunyaan saudara diawal pagi kerana tidak mahu menetap di sana. Perjalanannya mengambil masa hampir 2 jam dengan bot biasa dan 30 minit menggunakan bot laju. Di jeti Kuala Besut juga terdapat kemudahan tempat letak kenderaan yang banyak dan caj yang dikenakan hanya RM5-RM7 sehari.


Kelihatan bot- bot yang baru sampai ke jeti Pulau Perhentian membawa pengujung dari tanah besar Kuala Besut


Tidak perlu risau untuk ke sana kerana terdapat bot- bot laju yang akan membawa anda ke sana iaitu dari jam 9.00 pagi - 5.00 petang. Tiada masa tertentu yang ditetapkan kerana bot- bot ini akan bergerak setelah penumpang penuh. Manakala dari Pulau Perhentian ke Kuala Besut seawal jam 8.00 pagi, 12.00 tengahari dan 4.00 petang. Lagi senang jika pergi ke sana berkumpulan kerana kita boleh tempah bot untuk pergi dan balik mengikut kehendak sendiri.


Air tenang dan jernih sejuk mata memandang


Air laut disini sungguh jernih sekali sehingga dapat melihat ikan yang bewarna- warni berenang. Airnya juga tidaklah terlalu dalam dan tenang serta sesuai untuk keluarga yang membawa anak- anak kecil bermain- main di sini. Terdapat sempadan yang diletakkan dengan pukat untuk membezakan kedalaman air bagi keselamatan pengunjung.


Sungguh indah permandangan sewaktu matahari terbenam di Pulau Perhentian

Permandangan yang cantik dan air yang tenang membuat diriku teruja untuk tinggal lebih lama di sini tetapi kekangan masa yang tidak mengizinkan kerana terpaksa pulang pada waktu petangnya dan sempat mengambil sekeping gambar matahari terbenam. Anda tidak perlu risau kerana di sana ada disediakan tempat penginapan dengan kadar sewa yang berpatutan dan tidak terlalu mahal. Semua orang boleh melancong ke sana.

Monday, June 7, 2010

Menikmati Keindahan Alam Dibawah Sinar Mentari

  • Pulau Rhu Hentian
  • Pulau Perhentian
  • Pulau Lang Tengah
  • Pulau Redang
  • Pulau Tenggol
  • Pulau Gemia
  • Pulau Kapas