Showing posts with label Hidangan Warisan. Show all posts
Showing posts with label Hidangan Warisan. Show all posts

Saturday, August 7, 2010

Kuih- muih

Dodol



Tidak lengkap jika datang ke Terengganu tidak membeli dodol. Terdapat pelbagai jenis dodol yang dijual diantaranya perasa pandan, lemak dan gula melaka.


Kuih Baulu

Kuih baulu ini sedap kerana ianya di masak dengan kaedah tradisional iaitu menggunakan sabut kelapa untuk membakarnya. Rasanya amat berbeza jika dibandingkan dengan menggunakan oven pembakar khas baulu.

Kuih Gelembung Buaya

Kuih ini dalam kategori dodol cuma yang bezanya ianya diperbuat daripada kelapa. Warga emas mesti menggemarinya.

Kuih Penderam


Kuih penderam amat digemari ramai dari semua peringkat umur. Rasanya yang manis sesuai dimakan pada bila- bila masa terutamanya pada waktu petang.


Kuih Menganang


Kuih tradisional ini terkenal di Terengganu dan boleh didapati di Pasar Kedai Payang. Sesuai di makan pada waktu petang bersama air teh 'O'.






Add Video

Monday, June 21, 2010

Kerabu Pucuk Paku

Salam semua, hari ini saya nak cerita pasal kerabu pucuk paku. Walaupun zaman semakin moden tetapi makanan tradisional tidak dilupakan, barangkali cara untuk menyediakannya itu ramai yang tidak tahu kerana asyik makan makanan yang dimasak oleh mak je. Begitu juga dengan saya hahaha....

Satu hari saya cuba untuk menyediakan kerabu pucuk paku dan saya meminta adik saya menyediakan bahan. Adik saya memang mencebik bibir bila saya menyatakan hasrat saya itu sebab dia tahu saya ni suka masak yang simple je. Tanpa berlengah lagi saya mencari resepi kerabu pucuk paku dengan nenek dan cuba buat. Akhirnya dalam masa setengah jam siaplah kerabu pucuk paku dan dihidang di atas meja. Ha.....terkejut gorila dia melihat saya menyediakan kerabu pucuk paku itu dan tidak menduga saya boleh menyediakannya dan rasanya sedap sekali sampai menjilat jari. Kalau anda semua nak merasa kerabu pucuk paku berkunjunglah ke Terengganu memang best......

Wednesday, June 16, 2010

Keropok Lekor


Sebut saja keropok lekor, mesti ada yang terbayang negeri Terengganu. Sebut saja negeri Terengganu, pasti terkeluar "makan keropok lekor" itula telatah rakan- rakan saya sewaktu saya belajar dahulu. Bila mula je cuti semester, semua rakan- rakan yang rapat dengan saya memesan agar membawa keropok lekor selepas cuti. Saya suka mengusik cakap beli je kat pasar malam sini banyak kan jual, adala beberapa orang rakan saya sampai memujuk- mujuk saya agar membawanya. Mereka cakap keropok Terengganu sedap. Ada yang minta saya bawa lebih untuk di bawa pulang ke rumah ibu bapa mereka, sempat jugala saya berniaga keropok lekor di sana. Bagi sesiapa belum mencuba keropok lekor Terengganu datanglah ke Terengganu. Terdapat banyak kedai- kedai keropok lekor terpilih dan sedap.

Tuesday, June 15, 2010

Nasi Lemak Ikan Tongkol


Aha............mesti tertanya- tanya kenapa saya upload gambar nasi lemak ni. Ini bukan sebarang nasi lemak, semua negeri ada nasi lemak tetapi majoriti lauk bermacam- macam ada ikan bilis, ayam goreng, sotong dan sebagainya. Di Terengganu paling terkenal dengan nasi lemak lauk ikan tongkol atau lebih dikenali dengan 'ikan aya'. Mak cik saya dari Kelantan, sebelum sampai dah siap minta saya belikan nasi lemak ikan aya kerana sedap katanya dan di Kelantan susah nak cari. Begitu juga dengan kawan saya yang datang dari KL, perkara pertama dia nak cari nasi lemak ikan aya. Terengganu memang kebanyakkan nasi lemak yang dijual lauknya ikan aya atau ikan tongkol. Kelainan rasanya menyebabkan orang tertarik untuk mencubanya. Sesiapa yang ingin tahu, datangla ke Terengganu untuk mencubanya.

Kuih Bakar Panas

Kuih akok dan kuih bakar Pak Lie memang terkenal di kawasan Merchang. Ianya dibakar menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan sabut kelapa sebagai bahan api. Warungnya terletak di tepi jalan utama sebelah kanan dari Kuala Terengganu ke Dungun berhampiran dengan Pusat Kesihatan Kecil Merchang. Sesiapa mahu mencuba akok dan kuih bakar panas yang sedap bolehlah singgah ke warung Pak Lie.




Pak Lie sedang membakar kuih bakar dan akok



Kuih akok dan kuih bakar yang sedang dibakar menggunakan periuk khas dan sabut kelapa sebagai bahan api

Kuih akok panas yang baru masak disusun di dalam bekas untuk di jual


Kuih bakar panas yang baru masak disusun di dalam bekas untuk di jual


Friday, June 11, 2010

Nasi Dagang Yang Menyelerakan



Nasi Dagang amat sinonim dengan Terengganu, apabila di sebut Nasi Dagang akan terbayang negeri Terengganu. Ini tidak dapat disangkal lagi kerana kelazatan masakan tradisional ini membuat semua orang teruja untuk menikmatinya. Nasi dagang dimakan bersama lauk gulai ikan tongkol atau di Terengganu lebih mesra dipanggil ikan aya. Juadah nasi dagang ini juga selalu dihadangkan pada musim perayaan.