Sungguh nyaman udara di Sekayu pada waktu pagi. Saya dan rakan sempat singgah sebentar menghirup udara segar di sana. Nasib kami sungguh baik hari ini kerana tidak perlu membayar tiket kerana merupakan pengunjung yang terawal dan penjaga kaunter masih belum sampai. Sepatutnya semua pengunjung akan dikenakan tiket masuk sebanyak RM 1.
Tempat letak kenderaan yagn banyak dan selamat memudahkan pengunjung untuk berkunjung ke sini
Rumah penginapan yang selesa dan harga berpatutan untuj pengunjung yang ingin bermalam di sini
Deruan air yang mengalir dari Sekayu dan Sungai Tersat sesuai untuk merehatkan badan dan minda kepada sesiapa yang mengunjunginya. Airnya yang cetek memberi keyakinan kepada ibu bapa untuk melepaskan anak- anak mereka mandi dan bermain. Kebanyakkan ibu bapa memilih untuk mengunjungi Air Terjun Sekayu menjalankan aktiviti bersama keluarga.
Pelajar- pelajar sekolah serta bagi sesiapa yang gemar berkhemah, di sini disediakan tapak perkhemahan khas. Lokasinya yang tidak jauh dan hanya mengambil masa lebih kurang satu jam dari Bandar Kuala Terengganu dan lebih kuang 15 minit dari Bandar Kuala Berang menggamit pengunjung untuk datang ke sini. Terdapat pokok- pokok kayu balak yang telah dilabel sesuai untuk kajian mereka yagn ingin mendalami ilmu perhutanan.
Selain daripada menjalankan aktiviti mandi, berkelah, pengunjung juga boleh melihat pelbagai spesis bunga orkid yang di tanam tanam orkid dan herba di taman herba dan buatan. Nak tahu lebih lanjut kena la datang ke Sekayu.
No comments:
Post a Comment