Monday, June 14, 2010

Sehari di Pulau Perhentian

Salam semua, hari ini saya ingin membawa anda semua ke Pulau Perhentian. Saya dan keluarga bertolak dari jeti Kuala Besut dengan menaiki bot kepunyaan saudara diawal pagi kerana tidak mahu menetap di sana. Perjalanannya mengambil masa hampir 2 jam dengan bot biasa dan 30 minit menggunakan bot laju. Di jeti Kuala Besut juga terdapat kemudahan tempat letak kenderaan yang banyak dan caj yang dikenakan hanya RM5-RM7 sehari.


Kelihatan bot- bot yang baru sampai ke jeti Pulau Perhentian membawa pengujung dari tanah besar Kuala Besut


Tidak perlu risau untuk ke sana kerana terdapat bot- bot laju yang akan membawa anda ke sana iaitu dari jam 9.00 pagi - 5.00 petang. Tiada masa tertentu yang ditetapkan kerana bot- bot ini akan bergerak setelah penumpang penuh. Manakala dari Pulau Perhentian ke Kuala Besut seawal jam 8.00 pagi, 12.00 tengahari dan 4.00 petang. Lagi senang jika pergi ke sana berkumpulan kerana kita boleh tempah bot untuk pergi dan balik mengikut kehendak sendiri.


Air tenang dan jernih sejuk mata memandang


Air laut disini sungguh jernih sekali sehingga dapat melihat ikan yang bewarna- warni berenang. Airnya juga tidaklah terlalu dalam dan tenang serta sesuai untuk keluarga yang membawa anak- anak kecil bermain- main di sini. Terdapat sempadan yang diletakkan dengan pukat untuk membezakan kedalaman air bagi keselamatan pengunjung.


Sungguh indah permandangan sewaktu matahari terbenam di Pulau Perhentian

Permandangan yang cantik dan air yang tenang membuat diriku teruja untuk tinggal lebih lama di sini tetapi kekangan masa yang tidak mengizinkan kerana terpaksa pulang pada waktu petangnya dan sempat mengambil sekeping gambar matahari terbenam. Anda tidak perlu risau kerana di sana ada disediakan tempat penginapan dengan kadar sewa yang berpatutan dan tidak terlalu mahal. Semua orang boleh melancong ke sana.

No comments:

Post a Comment