Jom kita tengok keindahan Pulau Kapas, memang best. Semua orang memang biasa dengar tentang Pulau Kapas. Ianya terletak di Marang iaitu 15 minit dari Kuala Terengganu. Macam mana nak ke sana?Hem....di Marang ni ada satu jeti ke Pulau Kapas. Kalau anda dari luar negeri Terengganu dan tiba di sini lewat petang anda boleh menginap di Marang Waterfront Resort berhampiran dengan jeti sementara menunggu waktu pagi untuk ke Pulau Kapas. Masa yang diambil untuk ke Pulau Kapas dari jeti Marang lebih kurang 10 minit menggunakan bot laju. Anda tidak perlu risau di sini banyak kemudahan tempat meletak kenderaan dan selamat.
Marang Waterfornt Resort & Spa
Tempat penginapan sementara yang selesa dan harga yang berpatutan terletak berhampiran dengan jeti ke Pulau Kapas untuk mereka yang tinggal di luar Terengganu
Kaunter- kaunter tiket
Kaunter- kaunter yang menyediakan perkhidmatan dan pakej dengan harga yang berpatutan ke Pulau Kapas terletak berhampiran dengan jeti
Jeti Ke Pulau Kapas
Best betul pusing- pusing Pulau Kapas dengan bot. Airnya sangat jernih sehingga boleh nampak ikan yang bewarna-warni berenang-renang di dasarnya. Paling menarik dan tidak terkata apabila melihat terumbu karang yang beralun- ralun di dasar laut. Memang cantik dan tidak ternilai harganya. Di sini kita boleh menjalankan pelbagai aktiviti diantaranya pergi menangkap ikan menggunakan bot nelayan di waktu malam dan hasil tangkapan yang segar di buat barbeque. Selain itu aktiviti yang terkenal di sini iaitu 'diving' dan 'snorkelling' menyelongkar khazanah laut yang berharga.
Di antara kumpulan ikan yang dijumpai semasa menaiki bot mengelilingi Pulau Kapas. Sunggu cantik ikan yang bewarna kuning berjalur hitam kelihatan berenang- renang menagkap roti yang dilemparkan, ada juga yang melompat- lompat untuk menangkap makanan. Ikan-ikan ini bergerak secara berkumpulan.
Berjalan- jalan sambil menikmati keindahan alam di pesisir pantai di Pulau Kapas.
Di antara terumbu karang yang sempat di rakam ketika air laut surut.
No comments:
Post a Comment