Tarian Anak Burung Baniong yang berasal dari kampung Kuala Jengai di Hulu Terengganu. Bahan seperti pucuk kelapa (Saba) yang dijadikan bahan utama, bertih, kemenyan dan berjenis alat yang penuh dengan semangat digunakan dalam tarian ini. Penari-penari akan menari dalam jelmaan binatang-binatang. Tarian ini pada suatu masa dahulu adalah merupakan sebuah tarian pemujaan. Dikatakan temasya ini diadakan selepas musim menuai, sembuh dari penyakit, menyambut tetamu datang dan bila cukup tahun tetapi kini tidak diamalkan kerana ketinggian ilmu keagamaan, ianya dipersembahkan sekadar untuk persembahan kebudayaan. Alat-alat muzik tradisional digunakan dalam persembahan ini seperti anak ambang (buluh), anak cerating, rebana dan seruling digunakan membentuk sebuah okestra sementara lagu-lagu yang dinyanyikan pula adalah di dalam bentuk nada dan irama kontemporari.
No comments:
Post a Comment