Dipercayai Rodat ini berasal dari negara Arab dan di bawa masuk ke Malaysia melalui Sambas, Indonesia. Rodat merupakan ringkasa dari dua perkataan iaitu Hadrat Baghdad yang membawa maksud Zikir Baghdad. Persembahan Rodat lebih berunsurkan keagamaan memuji Allah dan Nabi. Ia juga berunsurkan nasihat, lawak jenaka yang mengajak masyarakat untuk memajukan diri dalam bidang sosial dan budaya. Kebiasaannya Rodat ini dipersembahkan dalam majlis perkahwinan, kebudayaan dan hari kebesaran Raja- raja. Bilangan ahli dalam kumpulan ini seramai 20-26 orang yang dibahagikan kepada "pelnggik" (12 orang penari lelaki), 'pengadi'(8 orang pemain drum) dan 'mak inang' (4-6 penari perempuan).
No comments:
Post a Comment