Ubi keledek direbus bersama air dan garam sehingga empuk. Angkat ubi keledek yang direbus kemudian ditumbuk sehingga hancur. Masukkan bahan di atas dan kacau sehingga menjadi doh.Masukkan garam sedikit sahaja. Bulatkan doh menjadi bebola. Kemudian doh tadi di leperkan, seterusnya letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah selesai semuanya bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas. Goreng sehingga kekuning- kekuningan.
Cadangan : Sesuai di makan bersama air teh atau kopi di waktu pagi dan petang
Yati, 21 dari Hulu Marang "Saya bangga menjadi rakyat Terengganu kerana negeri ini kaya dengan warisan.Lokasinya yang strategik iaitu terletak di sepanjang laut China Selatan. Rakyatnya hidup aman dan damai. Banyak tempat menarik yang boleh di kunjungi"
Senawati, 31 dari Merchang. "Pada pendapat saya, Terengganu sangat menarik dan sesuai untuk dijadikan destinasi perlancongan keluarga anda. Kenapa perlu berbelanja lebih untuk melancong ke luar negara? Datang saja ke Terengganu lebih murah dan banyak tempat- tempat menarik seperti pulau, air terjun dan pantai yang boleh dikunjungi. Kos penginapannya juga berpatutan. Setiap kali musim cuti sekolah saya pasti membawa keluarga saya ke kawasan air terjun di sekitar Terengganu untuk berkelah."
Salam semua, hari ini adalah hari ke 29 Ramadhan dan dikenali juga hari untuk membuat tapai. Para ibu- ibu sibuk di dapur untuk merancang juadah istimewa hari raya. Tapai beras merupakan makanan tradisi rakyat Terengganu pada hari raya bersama sanak saudara dan rakan taulan. Walaupun banyak kuih muih moden dijual tetapi tapai beras tetap menjadi juadah utama di hari raya. Pada hari ini juga sanak saudara, adik- beradik yang merantau di seluruh pelosok tanah air pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca resepi membuat tapai beras yang manis.
Bahan- bahannya :
1 biji ragi/ yis
2 kg beras
Daun untuk membungkus tapai : daun getah/pisang
Cara- cara :
Beras perlu dibasuh bersih dan kukus sehingga masak
Sejukkan beras tadi
Ragi perlu dihancurkan sehingga menjadi debu dan ditapis
Masukkan ragi sedikit demi sedikit dan digaulkan sehingga sebati
Masukkan ke dalam daun dan bungkus
Setelah siap membungkus, masukkan ke dalam baldi yang kedap udara selama 3 hari 2 malam
Sebaik sahaja masuk hari ke-3, tapai tadi sudah masak dan boleh dihidangkan
perhatian : pemilihan ragi sangat penting untuk memastikan tapai beras yang dibuat itu manis
Hari minggu yang lalu saya dan kekawan pergi ke Gedung kain yang terkenal di Terengganu iaitu Desa Murni yang terletak di Pengadang Baru. Pelbagai jenis kain tudung dan kain pasang boleh dipilih dan sangat rendah harganya berbanding dengan kedai- kedai yang lain. Batik Sutera dan kain cadar juga ada dijual di sini. Jika anda semua ingin jimat kos terutamanya musim perayaan ini boleh datang ke Desa Murni kerana harganya di jamin murah. Jika pembaca dari luar Terengganu jangan lupa singgah ke sini jika anda berkunjung ke Terengganu.
DESA MURNI/ PUSAT TUDUNG Lot 1927-A,1928-A,1929-A, Jalan Kuala Berang, Kg Pengadang Baru, Mukim Gelugur Kedai, 21400 Kuala Terengganu, Terengganu Tel : 09-6315084