Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali juga dengan nama Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama bonda Al- Marhum Sultan Mahmud Al- Muktafi Billah Syah iaitu Tuanku Intan Zaharah Al - Marhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat badaraya Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikannya tersendiri kerana lokasinya yang di bina di atas permukaan air di muara Sungai Ibai. Lokasinya berhampiran dengan jalan utama dari Kuala Terengganu ke Dungun memudahkan orang ramai untuk mengunjunginya.
No comments:
Post a Comment