Berehat sekejap di pantai Rhu 10 untuk makan- makan sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan. Pantai ini terletak 400 meter dari Pekan Penarik. Apa yang menarik di sini kita boleh lihat panorama pantai yang mendamaikan. Dari jalan utama kita boleh lihat kawasan pesisir pantai yang dipenuhi dengan pokok rhu. Kawasan ini sesuai sekali untuk dijadikan tempat berkelah dan mandi-manda dan beriadah. Di kawasan ini juga terdapat kemudahan awam disediakan untuk kegunaan pengunjung seperti taman permainan kanak- kanak, tandas awam dan kerusi rehat.
Pantai yang bersih
Membawa keluarga berkelah
Kemudahan yang terdapat di sini
Bot nelayan di tepi pantai
Taman permainan kanak- kanak di tepi pantai
No comments:
Post a Comment