Sunday, July 18, 2010

Memori Bukit Besi

Bukit Besi pernah tekenal suatu masa dahulu dan kini hanya tinggal artifak sejarah yang boleh menjadi bukti zaman kemasyuran tapak perlombongan bijih besi terbesar di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1950- 1970. Kini hanya tinggal bangunan usang yang dulunya aktif sebagai tempat pemprosesan bijih besi sebelum dieksport ke Jepun. Maklumat yang saya perolehi dari pembacaan sebuah novel sejarah, dikatakan bahawa bijih besi akan diproses di kawasan ini untuk dijadikan debu dan dieksport ke Jepun menggunakan jalan laut yang berpengkalan di Sura Gate, Dungun. Semua bijih besi diangkut ke sana dengan menggunakan keretapi lokomotif. Dipercayai dahulunya terdapat dua jenis keretapi yang digunakan satu untuk mengangkut biji besi dan satu lagi digunakan untuk mengangkut penumpang dari Bukit Besi ke Sura Gate. Bijih besi tadi akan di angkut ke pesisir pantai untuk dimuatkan ke dalam kapal- kapal besar di pelabuhan Sura Jeti dan sekarang ini di kenali dengan Pantai Teluk Lipat. Saya berharap pihak KETENGAH akan memajukan lagi tempat ini sebagai sebuah tempat bersejarah yang terdapat di Terengganu yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negeri.








No comments:

Post a Comment