Sunday, July 18, 2010

Bukit Besi


Salam dan selamat sejahtera semua...


Post kali ini tentang Bikut Besi. Sebelum ini tak tahu la sangat tentang SEJARAH Bukit Besi ini. Setakat belajar sejarah waktu sekolah dulu memang lepas peperiksaan terus lupa. Bila berkunjung sendiri ke sana baru tahu dan akan terpahat di dalam minda buat selama- lamanya.


Bukit Besi ini terletak di Daerah Dungun, 33km dari Bandar Dungun dan 77km daripada Kuala Terengganu. Bukit Besi menjadi terkenal kerana pengeluaran bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara. Bermula pada suku pertama abad ke-20. Perkembangan perusahaan perlombongan di Bukit Besi ini seiring  dengan pertumbuhan perusahaan keluli di Jepun. Tetapi kini Bukit Besi hanya tinggal kenangan dan lokasinya yang dahulu sebagai tempat melombong kini bertukar menjadi destinasi perlancongan menarik. Tapak melombong dan memproses bijih besi masih lagi terdapat di sana sebagai artifak sejarah. Pengunjung boleh datang ke sini kerana tidak jauh dari pekan Bukit Besi.

Bukit Besi telah meninggalkan beberapa artifek sejarah yang menjadi aset penting dalam industri pelancongan. Artifek-artifek seperti chimney, stock pile, washing plant / tin plant, crushing plant, tempat menyimpan bahan letupan dan sebahagian daripada kuarters masih tersergam hingga ke hari ini, walaupun telah mengalami berbagai kerosakan. Tasik Puteri yang wujud hasil daripada perlombongan bijih besi di Bukit Besi ini sedang dimajukan oleh KETENGAH sebagai kawasan rekreasi yang menarik.  Sebuah Galeri sejarah juga diwujudkan bagi tatapan generasi muda.

Terdapat tiga lokasi perlancongan yang menarik di sini iaitu tapak perlombongan bijih besi, Tasik Puteri (dahulu tapak perlombongan) dan Padang Golf Bukit Puteri (dahulu kawasan hutan). Kawasan ini memang dijaga rapi, tapi jangan risau saya ada masukkan beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama.





No comments:

Post a Comment