Setiap kali berjalan- jalan di bandaraya Kuala Terengganu, kami sekeluarga pasti akan singgah bersolat di Masjid Abidin sebaik sahaja masuk waktu. Kedudukannya di tengah- tengah bandaraya Kuala Terenganu berhampiran dengan stesen bas memudahkan orang awam untuk mengunjunginya.
Untuk pengetahun semua, Masjid Abidin merupakan salah satu masjid tertua yang terdapat di negeri ini. Ia juga dikenali juga dengan nama Masjid Putih. Dahulunya masjid ini juga dikenali dengan Masjid Besar. Masjid ini juga terletak berhampiran dengan Istana Maziah. Hasil dari pembacaan saya, dikatakan dulunya asal bangunan masjid ini adalah istana kayu yang didirikan oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin II.
Rekabentuk yang menarik
Masjid besar tersergam indah
No comments:
Post a Comment