Bertuah menjadi rakyat negeri Terengganu. Hari ini di awal pagi sudah terpacak belia- belia kita untuk menghadiri Kursus Dana Bakti Remaja di Dewan Sivik Mechang, DUN Pengkalan Berangan. Oleh kerana ramai di kalangan belia kita berminat ingin menyertai kursus ini, maka ianya dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan akan menghadiri kursus selama setengah hari. Paling menarik setelah tamat kursus, peserta- peserta mendapat habuan duit poket senjumlah RM200.00 seorang. Kursus kumpulan pertama bermula hari ini 12/07/2010 dan kumpulan terakhir pada 14/07/2010. Peserta yang menghadiri kursus pada kali ini dipilih dari beberapa buah kampung di zon pantai iaitu Kg. Merchang, Kg Kubu, Kg. Pasir Putih dan Kg. Jambu Bongkok. Semua belia yang mencari rezeki di seluruh pelosok negara pulang ke desa untuk menghadiri Kursus Bakti Dana Remaja. Ini adalah diantara usaha murni kerajaan Negeri Terengganu di samping memberi kesedaran kepada remaja- remaja dan belia kita agar lebih bersemnangat dan cintakan agama, bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment