Tuesday, July 27, 2010

Kompleks Muzium Negeri

Kompleks Muzium Negeri atau lebih dikenali dengan nama Muzium Losong. Jaraknya tidak jauh dari pusat bandaraya Kuala Terengganu iaitu 15 minit perjalanan dari stesen teksi dan dari lapangan terbang Sultan Mahmud mengambil masa lebih kurang 30 minit. Pelbagai khazanah dan artifak yang kita boleh lihat hasil peninggalan sejarah. Kompleks ini terdiri daripada 4 blok bangunan Muzium Utama, 5 buah rumah tradisional dan Muzium Maritim serta kawasan lanskap yang menarik.

Antara galeri yang terdapat di bangunan utama ialah Galeri Islam, Galeri Tekstile, Galeri Di Raja, Galeri Sejarah, Galeri Kraf, Galeri Petroleum dan Galeri Ilmu Kejadian.Manakala di Muzium Maritime pula terdapat 2 galeri iaitu Galeri Perikanan dan Taman Laut serta Galeri Pelayaran dan Perdagangan.


Monday, July 26, 2010

Masjid Abidin

Setiap kali berjalan- jalan di bandaraya Kuala Terengganu, kami sekeluarga pasti akan singgah bersolat di Masjid Abidin sebaik sahaja masuk waktu. Kedudukannya di tengah- tengah bandaraya Kuala Terenganu  berhampiran dengan stesen bas memudahkan orang awam untuk mengunjunginya.

Untuk pengetahun semua, Masjid Abidin merupakan salah satu masjid tertua yang terdapat di negeri ini. Ia  juga dikenali juga dengan nama Masjid Putih. Dahulunya masjid ini juga dikenali dengan Masjid Besar. Masjid ini juga terletak berhampiran dengan Istana Maziah. Hasil dari pembacaan saya, dikatakan dulunya asal bangunan masjid ini adalah istana kayu yang didirikan oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin II.


Rekabentuk yang menarik
Masjid besar tersergam indah

Sunday, July 25, 2010

Festival Gamelan Sedunia

Sungguh menarik alunan muzik gamelan yang menggunakan pelbagai alat muzik tradisonal digabungkan dan dimainkan untuk menghasilkan sebuah lagu. Festival Gamelan Sedunia merupakan salah satu aktiviti yang menarik pada tahun ini. Ianya berlangsung selama tiga hari bermula pada 23-25 Julai yang disertai oleh negara- gerara luar seperti Thailand, Jepun, Indonesia dan banyak lagi. Semua peserta membuat persembahan yang unik untuk menonjolkan kesenian negara masing- masing. Keseluruhannya alunan muzik, tarian dan lagu yang dipersembahkan amat menarik dan mempunyai nilai yang tendiri. Seperti yang kita sedia maklum, Gamelan ialah himpunan alat- alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong untuk menghasilkan alunan muzik yang mengasyikkan.






Peserta dari negara Thailand menunjukkan bakat menggunakan alat- alat muzik gamelan

Friday, July 23, 2010

Sejarah ringkas Istana Maziah



Salam Semua kali ini saya membawa pembaca semua ke istana. Istana Maziah adalah lambang kemegahan institusi kesultanan Terengganu. Istana ini terletak berhampiran dengan Bukit Puteri, kira-kira 220 meter dengan gigi air sungai Kuala Terengganu. Daripada sumber yang saya baca, semua upacara rasmi negeri akan diadakan disini contohnya seperti istiadat pertabalan dan kemahkotaan Sultan Terengganu, berkhatan, bertindik, perkahwinan dan sambutan tetamu utama negeri. Istana Maziah dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang telah hangus terbakar. Istana Hijau dibina pada masa pemerintahan Sultan Omar (Baginda Omar) pada 10 Mac 1870 (7 Zulhijjah 1286). Tokoh yang diberi tanggungjawab sebagai pengurus pembinaan dan jurutera Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Bahan yang digunakan dalam pembinaan istana ini terdiri daripada campuran kapur, tanah liat, pasir garam, putih telur dan manisan.

Thursday, July 22, 2010

Masjid Tengku Tengah Zaharah

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali juga dengan nama Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama bonda Al- Marhum Sultan Mahmud Al- Muktafi Billah Syah iaitu Tuanku Intan Zaharah Al - Marhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat badaraya Kuala Terengganu.  Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikannya tersendiri kerana lokasinya yang di bina di atas permukaan air di muara Sungai Ibai. Lokasinya berhampiran dengan jalan utama dari Kuala Terengganu ke Dungun memudahkan orang ramai untuk mengunjunginya. 

Sungguh tenang apabila memandangnya


Permandangan dari pintu masuk utama Masjid Terapung




Gambar masjid yang tersergam indah ini diambil pada waktu senja


Permandangan dari tempat parking

Batu Bersurat


Pernah tengok gambar ini? Herm...Sesiapa yang datang berkunjung ke Terengganu pasti akan melalui bulatan Batu Bersurat untuk sampai ke pusat bandaraya. Replika Batu bersurat yang tersergam indah ini di bina sebagai mercu tanda negeri Terengganu. Bentuknya yang sangat unik dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Menurut sejarah, batu bersurat telah dijumpai di Kampung Buluh, Kuala Berang kira- kira tahun 1887M yang menyatakan tulisan perkataan Terengganu itu ialah "Terenkanu" dan di atas duit timah (pitis) yang bertarikh 1310H (1891M) ejaannya "Terkanu". Di antara nama- nama itu didapati Terengganu ditulis TERIANGGANO".

Masjid Kristal


Masjid Kristal tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia amnya dan Terengganu khususnya Sebut sahaja Masjid Kristal mesti terbayang Negeri Terengganu kerana ia merupakan salah satu mercu tanda negeri Warisan Pesisir Air ini. MAsjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertaman di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146m persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al - Quran elektronik.

Tuesday, July 20, 2010

Berehat seketika di Taman Rekreasi Rhu Madu

Berehat seketika di Taman Rekreasi Rhu Madu setelah penat memandu. Taman rekreasi ini terletak di Jambu Bongkok di tepi jalan utama Kuala Terenggau - Dungun. Jaraknya dari Dungun lebih kurang 15 minit dan Kuala Terengganu lebih kurang 45 minit dengan menggunakan kenderaan. Bagi mereka yang suka beriadah, disediakan trek jogging di kawasan ini. Terdapat dua buah kedai makan yang berhampiran dengan pelbagai hidangan dan harga yang berpatutan. Di  seberang jalan di hadapan Taman Rekreasi ini terdapat lorong masuk lebih kurang 1 km  menuju ke Hutan Lipur Jambu Bongkok.


Kawasan rehat yang dilengkapi dengan kerusi meja dan surau 

Tempat rehat yang berdepan dengan sungai

Monday, July 19, 2010

Tasik Puteri

Tasik Puteri merupakan salah sebuah tasik buatan  manusia yang dahulunya kawasan perlombongan bijih besi terbesar di semenanjung Tanah Melayu. Kini pihak KETENGAH mengambil inisiatif membangunkannya sebagai kawasan rekreasi yang menarik dan mampu menjadi daya tarikan pelancong. Lokasinya tidak jauh dari Bandar Bukit Besi iaitu hanya mengambil masa lebih kuran 10 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti berkayak, bermain basikal air, beriadah, berkelah dan sebagainya. Kemudahan awam seperti tandas, surau ada disediakan untuk kegunaan pengunjung.


Permandangan di kawasan Tasik Puteri

Air terjun buatan yang dialirkan dari Tasik Puteri

Kolam takungan air sebagai kawasan cetek sesuai untuk bermandi- manda

Sunday, July 18, 2010

Memori Bukit Besi

Bukit Besi pernah tekenal suatu masa dahulu dan kini hanya tinggal artifak sejarah yang boleh menjadi bukti zaman kemasyuran tapak perlombongan bijih besi terbesar di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1950- 1970. Kini hanya tinggal bangunan usang yang dulunya aktif sebagai tempat pemprosesan bijih besi sebelum dieksport ke Jepun. Maklumat yang saya perolehi dari pembacaan sebuah novel sejarah, dikatakan bahawa bijih besi akan diproses di kawasan ini untuk dijadikan debu dan dieksport ke Jepun menggunakan jalan laut yang berpengkalan di Sura Gate, Dungun. Semua bijih besi diangkut ke sana dengan menggunakan keretapi lokomotif. Dipercayai dahulunya terdapat dua jenis keretapi yang digunakan satu untuk mengangkut biji besi dan satu lagi digunakan untuk mengangkut penumpang dari Bukit Besi ke Sura Gate. Bijih besi tadi akan di angkut ke pesisir pantai untuk dimuatkan ke dalam kapal- kapal besar di pelabuhan Sura Jeti dan sekarang ini di kenali dengan Pantai Teluk Lipat. Saya berharap pihak KETENGAH akan memajukan lagi tempat ini sebagai sebuah tempat bersejarah yang terdapat di Terengganu yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negeri.








Bukit Besi


Salam dan selamat sejahtera semua...


Post kali ini tentang Bikut Besi. Sebelum ini tak tahu la sangat tentang SEJARAH Bukit Besi ini. Setakat belajar sejarah waktu sekolah dulu memang lepas peperiksaan terus lupa. Bila berkunjung sendiri ke sana baru tahu dan akan terpahat di dalam minda buat selama- lamanya.


Bukit Besi ini terletak di Daerah Dungun, 33km dari Bandar Dungun dan 77km daripada Kuala Terengganu. Bukit Besi menjadi terkenal kerana pengeluaran bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara. Bermula pada suku pertama abad ke-20. Perkembangan perusahaan perlombongan di Bukit Besi ini seiring  dengan pertumbuhan perusahaan keluli di Jepun. Tetapi kini Bukit Besi hanya tinggal kenangan dan lokasinya yang dahulu sebagai tempat melombong kini bertukar menjadi destinasi perlancongan menarik. Tapak melombong dan memproses bijih besi masih lagi terdapat di sana sebagai artifak sejarah. Pengunjung boleh datang ke sini kerana tidak jauh dari pekan Bukit Besi.

Bukit Besi telah meninggalkan beberapa artifek sejarah yang menjadi aset penting dalam industri pelancongan. Artifek-artifek seperti chimney, stock pile, washing plant / tin plant, crushing plant, tempat menyimpan bahan letupan dan sebahagian daripada kuarters masih tersergam hingga ke hari ini, walaupun telah mengalami berbagai kerosakan. Tasik Puteri yang wujud hasil daripada perlombongan bijih besi di Bukit Besi ini sedang dimajukan oleh KETENGAH sebagai kawasan rekreasi yang menarik.  Sebuah Galeri sejarah juga diwujudkan bagi tatapan generasi muda.

Terdapat tiga lokasi perlancongan yang menarik di sini iaitu tapak perlombongan bijih besi, Tasik Puteri (dahulu tapak perlombongan) dan Padang Golf Bukit Puteri (dahulu kawasan hutan). Kawasan ini memang dijaga rapi, tapi jangan risau saya ada masukkan beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama.





Saturday, July 17, 2010

Bismillah 6


  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezkinya.
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Diajuhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.
AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

Ayat seribu dinar dan kelebihannya



Mafhumnya: 
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (  yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:

1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara
2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah
3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
4. Dan ketika dirasakan perlu

Friday, July 16, 2010

Beramai- ramai ke PIKOM 2010 (PC Fair)

Sungguh hangat sambutan di PIKOM Pc Fair 2010 kali ini.Sungguh meriah suasana dengan pelbagai lagak penjual dan pembeli. Pelbagai eksesori komputer boleh diperolehi di sini dengan harga yang berpatutan. Ianya diadakan selama tiga hari di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Hari ini merupakan hari yang kedua, kebiasaannya hari terakhir pameran lagi hangat dan ramai pembeli yang akan datang. berkunjung kerana pada hari ini banyak barangan akan di lelong dengan harga yang murah.

Suasana di Pameran ICT

Pengungjung yang bersesak-sesak mencari barang yang dikehendaki 

Thursday, July 15, 2010

7 Daerah Di Terengganu

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia diantara Negeri Kelantan dan Pahang. Ibu negerinya adalah Kuala Terengganu yang juga merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri. Terengganu amat terkenal dengan jolokan nama Bandaraya Warisan Pesisir Air kerana majoriti penempatan penduduknya di tepi pantai. 

Terengganu terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum majoritinya adalah Melayu. Rakyatnya yang berbilang bangsa termasuk Cina, India yang hidup secara harmoni dan bebas mengamalkan kebudayaan masing- masing.  terdapat juga sekumpulan bangsa siam yang menetap sejak dulu lagi di sebuah kampung di  Bukit Keluang. Masyarakat Melayu di Terengganu sememangnya kaya dengan budaya dan adat.- istiadat. Untuk mengetahui cerita rakyat Terengganu sila click http://trg3m-cerita-rakyat-trg.blogspot.com/.

Terengganu dibahagikan kepada tujuh buah daerah bermula dari utara negeri iaitu Daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun, Kemaman. Setiap daerah mempunyai keistimewaan dan keunikkan tersendiri.

Peta Perlancongan Terengganu

Tarian Ulik Mayang




Tarian Ulik Mayang merupakan kesenian tarian asli masyarakat Terengganu. Menurut cerita orang tua- tua pada zaman dahulu ada dua orang nelayan yang terdampar di pantai tidak sedarkan diri. dan dipercayaan diganggu oleh penunggu laut. Kemudian bomoh dipanggil untuk memulihkan nelayan tersebut dengan upacara memuja semangat pantai. Ada tujuh orang puteri yang menari sewaktu bomoh menjampi serapah nelayan yang tidak sedarkan diri itu.  Puteri ini juga  dikenali dengan puteri tujuh. Sejak dari itu upacara pemujaan pantai sering diadakan sebagai persembahan kepada penunggu pantai untuk menjamin keselamatan nelayan dan mendapat hasil tangkapan yang banyak.

Tarian ini di tarikan oleh 10-15 orang penari. Mayang pinang digunakan dalam tarian ini. Sebelum itu, mayang pinang tadi akan dipuja serta digoncang- goncangkan atas bekas kemenyan sehinggalah ia merasakan mayang pinang tersebut bergoncang dengan sendirinya dan dilepaskan kepada penari lain. Kemuncak tarian ini apabila penari yang memegang mayang itu tidak sedarkan diri. Pada masa kini kepercayaan memuja semangat laut sudah tidak ada lagi dan ianya hanya tinggal dan dijadikan sebagai hiburan.

Tuesday, July 13, 2010

Pasar Tani di pesisir pantai Penarik

Sempat singgah membeli kuih- muih di pasar tani Penarik. Pasar tani ini diadakan pada pagi Jumaat setiap minggu di tepi jalan utama jalan pantai dari Kuala Terengganu - Besut.Pelbagai jenis makanan, minuman, buah- buahan,sayur- sayuran dan macam- macam lagi ada di jual disni. 

Jom minum Air Cendol Tapai

Tidak lengkap perjalanan jika tidak singgah di gerai air cendol tapai di pantai penarik. Bapa saya cukup menggemari air cendol tapai dan akan singgah di gerai ini jika hendak pergi ke Kelantan. Ianya diberi nama sedemikian kerana didalamnya terdapat tapai, cendol, jagung dan santan. Terdapat beberapa gerai yang menjual air cendol tapai di sepanjang jalan di  pantai Penarik. Disini juga kita boleh mencuba ikan dan sotong celup tepung yang 'fresh' dan harganya tidakla terlalu mahal. Rasanya memang best. Jaraknya dari bandaraya Kuala Terengganu lebih kurang 90 km. kalau anda berkunjung ke pantai Penarik, singgahla di gerai air cendol tapai.

Erm....sedapnya tidak terkata


Ikan dan sotong goreng celup tepung

Monday, July 12, 2010

Singgah sebentar di Pantai Rhu 10

Berehat sekejap di pantai Rhu 10 untuk makan- makan sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan. Pantai ini terletak 400 meter dari Pekan Penarik. Apa yang menarik di sini kita boleh lihat panorama pantai yang mendamaikan. Dari jalan utama kita boleh lihat kawasan pesisir pantai yang dipenuhi dengan pokok rhu. Kawasan ini sesuai sekali untuk dijadikan tempat berkelah dan mandi-manda dan beriadah. Di kawasan ini juga terdapat kemudahan awam disediakan untuk kegunaan pengunjung seperti taman permainan kanak- kanak, tandas awam dan kerusi rehat.



                                 Pantai yang bersih

Membawa keluarga berkelah


Kemudahan yang terdapat di sini


Bot nelayan di tepi pantai


Taman permainan kanak- kanak di tepi pantai

Taman Tamadun Islam (TTI)

Taman Tamaun Islam, satu nama yang gah sebagai mercu tanda Negeri Terengganu. Ia terletak di Pulau Wan Man yang merupakan sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia. Kita tidak perlu merantau jauh untuk melihat karya seni Islam, di TTI terdapat 21 jenis replika masjid yang mempamerkan senibina Islam. Bagi sesiapa yang berkunjung ke Terengganu tidak ketinggalan untuk mengunjungi Taman Tamadun Islam kerana lokasinya yang dekat hanya 4km dari bandar Kuala Terengganu.

Masjid Kristal sebagai ikon utama di Pulau Wan Man


Di antara replika masjid yang terdapat di Taman Tamadun Islam


Aktiviti- aktiviti menarik di Pulau Wan Man
*******************************************************
Selain melihat keindahan karya senibina Islam, pengunjung juga boleh mengelilingi Pulau Wan Man dengan menaiki bot yang disediakan. Kadar tambang yang dikenakan sebanyak RM 10 seorang,

Sunday, July 11, 2010

Kursus Dana Bakti Remaja kembali lagi...........

Bertuah menjadi rakyat negeri Terengganu. Hari ini di awal pagi sudah terpacak belia- belia kita untuk menghadiri Kursus Dana Bakti Remaja di Dewan Sivik Mechang, DUN Pengkalan Berangan. Oleh kerana ramai di kalangan belia kita berminat ingin menyertai kursus ini, maka  ianya dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan akan menghadiri kursus selama setengah hari. Paling menarik setelah tamat kursus, peserta- peserta mendapat habuan duit poket senjumlah RM200.00 seorang. Kursus kumpulan pertama bermula hari ini 12/07/2010  dan kumpulan terakhir pada 14/07/2010. Peserta yang menghadiri kursus pada kali ini dipilih dari beberapa buah kampung  di zon pantai iaitu  Kg. Merchang,  Kg Kubu, Kg. Pasir Putih dan Kg. Jambu Bongkok. Semua belia  yang mencari rezeki di seluruh pelosok negara pulang ke desa untuk menghadiri Kursus  Bakti Dana Remaja. Ini adalah diantara usaha murni kerajaan Negeri Terengganu di samping memberi kesedaran kepada remaja- remaja dan belia kita agar lebih bersemnangat  dan   cintakan agama, bangsa dan negara.

Tuesday, July 6, 2010

Kenapa Kita Perlu Solat Awal Waktu???

Salam semua......

Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua terutamanya yang beragama Islam untuk renungan bersama. Saya pun baru sahaja membaca artikel ini dari satu laman web. Memang betul kandungan Al- Quran memang berkait rapat dengan kajian sains. Mari kita sama- sama renungkan.

Saturday, July 3, 2010

Nasi Dagang Terengganu

Bahan- bahan Nasi :
  • 6 ulas bawang merah (dimayang halus)
  • Halba
  • 2cm halia (dimayang halus)
  • 2 cawan santan pekat
  • Sedikit garam
Bahan- bahan kuah :
  • 1 kg beras siam
  • 1/2 cawan beras pulut
  • 1 ekor (1 kg) ikan tongkol/ aya (direbus)
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 hiris halia
  • 2 sudu rempah nasi dagang
  • 1 keping manisan (gula melaka)
  • 1 biji santan kelapa
  • 2 sudu cili giling
  • garam
  • 10 biji belimbing buluh
Bahan- bahan acar :
  • 2 biji timun
  • 2 biji cili besar
  • sehiris halia
  • Gula, garam, cuka secukup rasa

Cara- cara :-

Nasi
  1. Basuh bersih beras siam dan beras pulut, kemudian kukus lebih kurang 30 minit masukkan ke dalam bekas.
  2. Masukkan 1 cawan santan pekat yang ditambah dengan sedikit air dan kacau sehingga semua sebati.
  3. Kemudian masukkan ke dalam periuk tadi dan kukus selama 15 minit dan masukkan ke dalam bekas.
  4. Masukkan santan, halba, sedikit garam, halia dan bawang merah ke dalam periuk dan didihkan selama beberapa minit.
  5. Kemudian campurkan ke dalam nasi yang telah masak dan kacau sehingga sebati.
Kuah
  1. Tumis halia, bawang merah , bawang putih, cili giling dan rempah nasi dagang sehingga keluar bau.
  2. Masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih
  3. Masukkan ikan tongkol/aya, belimbing buluh, manisan dan garam secukup rasa.
  4. Heningkan sehingga pekat dan siap untuk dihidangkan
Acar
  1. Potong 2 biji timun
  2. Masukkan bawang merah dan sehiris halia yang di mayang halus
  3. Masukkan cili besar yang telah dipotong
  4. MAsukkan sedikit cuka, garam dan gula secukup rasa
  5. Kacau dan sedia untuk di hidangkan