Salam semua....
Manisan @ nis'san |
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakak Suri kerana menyambut baik kedatangan kami ke Manis Sokmo Enterprise. Hari ini saya ingin berkongsi dan membawa pembaca ke pusat perusahaan manisan atau lebih dikenali dengan nama nis'san di kalangan rakyat Terengganu. Hari ini saya telah berkunjung ke tempat pembuatan manisan yang terkenal di Terengganu yang terletak di Kg Batangan Seberang Marang. Selain daripada manisan @ nis'san, terdapat produk lain juga yang diusahakan oleh kak Suri iaitu dodol daun palas dan manisan kelapa pulut.
Manis Sokmo Enterprise merupakan syarikat IKS yang dimiliki oleh Puan Suri Binti Abdul Ghani. Menurut beliau, perusahaan ini diwarisi dari keluarganya sejak dari dulu lagi secara kecil- kecilan. Kini kak Suri cuba mengembangkan perniagaanya di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu. Terdapat dua jenis manisan yang dihasilkan di sini iaitu manisan asli dan manisan kampung Bukan senang untuk menghasilkan sekeping manisan, saya ingin membawa anda semua melihat pemprosesan manisan di Manis Sokmo Enterprise.
Adunan manisan di atas dapur |
Bahan utama yang diperlukan untuk menghasilkan manisan @ ni'san untuk satu kawah di atas ialah 90% gula pasir (satu beg 50 kg) dan 10% air nira kelapa dan air. Langkah pertama untuk membuat manisan @ nis'san iaitu dengan memasukkan campuran tadi ke dalam kawah dan dimasak selama satu jam.
Acuan Gelung |
Sementara menunggu adunan tadi masak, acuan gelung yang diperbuat daripada daun mengkuang pandan ini di susun di atas meja untuk memudahkan kerja- kerja menuang manisan yang panas kerana ianya perlu dibuat dengan pantas supaya tidak beku.
Adunan dipindahkan ke kuali untuk dimasukkan ke dalam acuan |
Memasukkan manisan panas ke dalam acuan |
Selepas satu jam, adunan tadi di pindah masuk ke dalam kuali lain yang berhapiran dengan acuan gelung supaya senang untuk dimasukkan ke dalam acuan. Sebelum adunan tadi di tuan ke dalam acuan gelung ianya perlu ditambah dengan sedikit pewarna yang berasal dari bahan yang sama tetapi warnanya lebih gelap sedikit. Setelah bahan ini sebati maka iainya akan dituangkan ke dalam acuan gelung yang telah disediakan tadi.
No comments:
Post a Comment