Hutan Lipur Jambu Bongkok terletak di dalam Daerah Marang. Pengunjung boleh datang ke sini dengan menggunakan kenderaan sendiri atau menaiki bas. Masa yang di ambil menaiki kereta lebih kurang satu jam dari bandar Kuala Terengganu dan 20 minit dari bandar Dungun. Hutan Lipur ini istimewa kerana terletak berhampiran dengan jalan utama Kuala Terengganu - Dungun dan berhampiran pantai Rantau Abang. Beberapa kemudahan disediakan seperti chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, pondok informasi dan lorong pejalan kaki.
Monday, June 28, 2010
Sunday, June 27, 2010
Basah tekak di warung Air Gelas Besar
Setelah penat berjalan- jalan di sekitar bandar Terengganu, apa kata kita pergi basahkan tekak di Warung Air Buah Gelas Besar Pak Hassan yang terletak di Seberang Takir. Jika dari bandar Terengganu ia mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sini. Warung ini biasanya dipenuhi oleh pelancong yang datang dari dalam dan luar negeri. Penggemar air buah biasanya menjadikan warung ini sebagai sasaran kerana air buah yang dijual sangat asli dan segar. Ianya dinamakan Warung Air Buah Gelas Besar kerana air buah yang dijual disini akan dihidangkan dalam gelas yang berbeza saiz mengikut kehendak pelanggan. Warung ini juga menghidangkan pelbagai jenis makanan tradisional Terengganu seperti keropok lekor, nasi dagang dan nasi lemak ikan tongkol. Warung Air Buah Gelas Besar ini sangat popular di Terengganu dan pernah disiarkan di dalam rancangan Warung Kita di saluran Astro.
Beriadah di Pantai Batu Buruk
Pantai Batu Buruk terletak dalam Kuala Terengganu berhampiran dengan Primula Beach Resort. Jaraknya dari bandar Kuala Terengganu lebih kurang 1 Km. Tebing pantai yang landai dan pasirnya yang putih, menggamit pengunjung datang ke sini. Pelbagai aktiviti kebudayaan selalu diadakan di sini kerana kedudukannya yang strategik berhampiran pesisir pantai dan jauh dari kesibukan bandar. Sungguh segar menghirup udara di waktu sedar di waktu pagi sambil memanaskan badan. Selain dari aktiviti riadah, dataran pantainya yang landai dan luas amat sesuai untuk menunggang kuda, bermain layang- layang dan sebagainya. Di sekitar ini juga terdapat gerai- gerai makanan dan taman permainan untuk kanak- kanak bermain. Pantai ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti beriadah bersama keluarga di hujung minggu.
Matahari terbit di Pantai Kelulut
Sungguh mudah untuk berkunjung ke sini kerana Pantai Peranginan Kelulut hanya terletak di tepi jalan utama dari Kuala Terengganu ke Dungun. Jaraknya lebih kurang dari 30 minit dari bandar Kuala Terengganu. Kebiasaannya setiap tahun akan di adakan program Pekan Budaya di mana terdapat semua gerai- gerai jualan, persembahan kebudayaan dan pelbagai aktiviti dianjurkan. Selain dari itu, orang ramai selalu datang ke sini untuk berkelah dan beriadah sama ada di waktu pagi ataupun petang.
Keretapi Terengganu
Replika Keretapi Pengangkut Bijih besi
Semua orang pasti terkejut apabila melihat tajuk keretapi di Terengganu sebab Terengganu mana ada keretapi. Tetapi sebenarnya pada suatu ketika dahulu keretapi pernah wujud di negeri Terengganu dan ianya digunakan untuk mengangkut bijih besi dari Bukit Besi ke Jeti Sura. Menurut cerita penduduk setempat, bijih besi diangkut menggunakan keretapi dari Bukit Besi ke pesisir pantai. Mereka menggunakan tongkang untuk membawa semua bijih besi ke tengah laut untuk dimuat ke dalam kapal yang besar. Gambar diatas menunjukkan bentuk keretapi yang digunakan untuk mengangkut bijih besi suatu masa dahulu. Replika keretapi ini terdapat berhampiran dengan pam minyak Shell berhampiran lampu isyarat di Sura Gate daerah Dungun.
Pantai Kemasik
Pantai Kemasik terletak di dalam daerah Kemaman, 10 KM dari bandar Kijal. Pasirnya yang cantik bewarna keemasan menarik perhatian sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke sini. Airnya yang jernih membuatkan sesiapa sahaja teruja untuk mandi. Bagi sesiapa yang kreatif dan berminat dalam bidang kraftangan pula boleh mengumpul pelbagai jenis dan corak kulit siput yang terdapat di pantai ini.
Gelombang ombak yang menghempas pantai.
Permandangan sewaktu matahari terbenam di Pantai Kemasik.
Wednesday, June 23, 2010
Jom Ke Gunung Tebu
Gunung Tebu adalah salah satu gunung yang terdapat di negeri Terengganu. Sekiranya anda ingin merasai suasana hutan asli yang dipenuhi dengan pokok- pokok balak yang besar anda boleh la berkunjung ke sini. Untuk sesiapa yang gemarkan aktiviti lasak atau aktiviti luar seperti berkhemah atau memanjat bukit,Gunung Tebu merupakan tempat yang amat sesuai untuk aktiviti seperti itu. Gunung Tebu ini juga sebenarnya terletak di dalam Hutan Lipur Lata Belatan. Kalau naik ke puncak gunung ini kita boleh nampak Pulau Perhentian kerana mengadap dengan laut China Selatan. Katanya di puncak gunung tebu ini terdapat sebuah kubur lama. Biasanya pengamal ilmu persilatan gemar bertapa di sini. Kalau nak tahu lebih lanjut datang la ke Gunung Tebu. Jaraknya dari Bandar Jertih lebih kurang 24 Km dan dari Kuala Terengganu pula 118 KM. Sesiapa yang ingin mencari kedamaian dan ketenangan bolehlah berkunjung ke sini. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan disini contohnya seperti resort dan pondok Jabatan Hutan. Selain itu, terdapat juga kemudahan lain seperti gerai- gerai dan astaka serta kemudahan elektrik untuk kemudahan pengunjung.
Kek Pelangi
Bahan- bahannya :
1 1/2 cawan gandum
1/2 sudu kecil soda
1/2 sudu kecil baking powder
4 biji telur
1 cawan marjerin
1 cawan gula
Cara- caranya :
- Pukul telor dgn gula smp kembang
- Masuk marjerin dan kacau dalam bentuk putaran satu arah
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga rata
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna
- Bakar @ kukus secara berperingkat setiap warna selama 7 minit
- kemudian gabungkan 3 warna tadi bakar @ kukus sehingga masak lebih kurang 45 minit
Kek Pisang
Bahan- bahannya :
1 cawan gandum
1/2 sudu kecil soda
1/2 sudu kecil baking powder
4 biji pisang
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
3 biji telur
Cara- caranya :
- Masukkan gandum, soda dan baking powder dan gaulkan sehingga rata dan ketepikan
- Pukul telur dengan gula sampai kembang
- Masukkan tepung, minyak dan pisang (dilenyekkan)
- Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan kukus ataupun bakar
Monsun Cup 2009
Asal musim tengkujuh ada je Monsun Cup...asal Monsun Cup mesti musim tengkujuh hahahahah.... itu leh dia aktiviti tahunan yang gilang gemilang di Terengganu. Sekali fikir memang tidak logik musim tengkujuh ada aktiviti yang mencabar sebegini.Tapi kini ia sudah menjadi realiti dan meletakkan nama Malaysia di persada dunia. Peserta yang bertanding datangnya dari seluruh dunia, ini menunjukkan Malaysia amnya dan Terengganu khasnya mampu menganjurkan sukan yang berprestij bertaraf dunia. Monsun cup atau Piala Monsun ini diadakan di Pulau Duyong. Selain daripada melihat peserta- peserta beraksi, orang ramai turut disajikan dengan pelbagai aktiviti seperti sukan rakyat, hiburan dari artis AF, pameran, Zoo mini dan banyak lagi aktiviti yang menarik.
Tuesday, June 22, 2010
Terengganu Hebat !!!
Syabas Terengganu!!! Terengganu Boleh!!!
Kami bangga jadi rakyat Terengganu
SUKMA 2010 menggegarkan Malaysia dengan terpampangnya nama Terengganu dinobatkan sebagai Juara Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XIII Melaka 2010 di semua dada- dada akhbar tempatan pada 19 June selepas meraih 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa. Itu la dia juara bertahan SUKMA dua kali berturut- turut yang pertama kalinya dinobatkan sebagai juara SUKMA pada tahun 2008 yang berlangsung Terengganu sebagai tuan rumah.
Tahniah diucapkan kepada semua atlit- atlit Terengganu yang telah berusaha bersungguh- sungguh mengharumkan nama Terengganu di persada sukan tanah air. Bagi meraikan kejayaan ini, Kerajaan Negeri Terengganu telah mengumumkan cuti umum pada 23/06/2010 seluruh rakyat negeri Terengganu. Terima Kasih Terengganu!!!
Taman Tamadun Islam (TTI)
Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pualau Wan Man, Terengganu. Terdapat 21 jenis replika masjid termasuk monumen dan tugu dari seluruh pelosok dunia. Jadi tidak perlu mengembara ke seluruh dunia, datang sahaja ke TTI, kita seperti telah mengembara melihat kesenian rekacipta Islam seluruh dunia. Di sini saya paparkan beberapa gambar untuk paparan semua, kalau nak tau lebih lanjut lagi, datangla ke TTI.
Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak di dalam kawasan Perlancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.
Jom Berehat Di Pulau Kapas
Jom kita tengok keindahan Pulau Kapas, memang best. Semua orang memang biasa dengar tentang Pulau Kapas. Ianya terletak di Marang iaitu 15 minit dari Kuala Terengganu. Macam mana nak ke sana?Hem....di Marang ni ada satu jeti ke Pulau Kapas. Kalau anda dari luar negeri Terengganu dan tiba di sini lewat petang anda boleh menginap di Marang Waterfront Resort berhampiran dengan jeti sementara menunggu waktu pagi untuk ke Pulau Kapas. Masa yang diambil untuk ke Pulau Kapas dari jeti Marang lebih kurang 10 minit menggunakan bot laju. Anda tidak perlu risau di sini banyak kemudahan tempat meletak kenderaan dan selamat.
Marang Waterfornt Resort & Spa
Tempat penginapan sementara yang selesa dan harga yang berpatutan terletak berhampiran dengan jeti ke Pulau Kapas untuk mereka yang tinggal di luar Terengganu
Kaunter- kaunter tiket
Kaunter- kaunter yang menyediakan perkhidmatan dan pakej dengan harga yang berpatutan ke Pulau Kapas terletak berhampiran dengan jeti
Jeti Ke Pulau Kapas
Best betul pusing- pusing Pulau Kapas dengan bot. Airnya sangat jernih sehingga boleh nampak ikan yang bewarna-warni berenang-renang di dasarnya. Paling menarik dan tidak terkata apabila melihat terumbu karang yang beralun- ralun di dasar laut. Memang cantik dan tidak ternilai harganya. Di sini kita boleh menjalankan pelbagai aktiviti diantaranya pergi menangkap ikan menggunakan bot nelayan di waktu malam dan hasil tangkapan yang segar di buat barbeque. Selain itu aktiviti yang terkenal di sini iaitu 'diving' dan 'snorkelling' menyelongkar khazanah laut yang berharga.
Di antara kumpulan ikan yang dijumpai semasa menaiki bot mengelilingi Pulau Kapas. Sunggu cantik ikan yang bewarna kuning berjalur hitam kelihatan berenang- renang menagkap roti yang dilemparkan, ada juga yang melompat- lompat untuk menangkap makanan. Ikan-ikan ini bergerak secara berkumpulan.
Berjalan- jalan sambil menikmati keindahan alam di pesisir pantai di Pulau Kapas.
Di antara terumbu karang yang sempat di rakam ketika air laut surut.
Monday, June 21, 2010
Bubur Lambuk Special Terengganu
Bahan- bahannya :
1 cawan beras (rebus sehingga menjadi bubur)
1/2 kg keledek oren dipotong dadu
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang merah
2 cm halia
1 sudu kerisik (kelapa yg digoreng garing dan ditumbuk)
7 ekor ikan selayang/sardin (kukus dan ambil isinya)
1/s cawan ikan bilis
2 batang serai (diketuk)
1 cawan pekat santan kelapa
2 sudu budu
2 ikat pucuk paku merah/midin
2 tangkai daun cekur manis
1 ikat daun kesum
5 helai daun kadok
4 tangkai daun kemangin
1 ikat kangkung
Air secukupnya
Cara- cara membuatnya :
- Rebus beras sampai menjadi bubur
- Tumbuk lada hitam, serai, bawang, halia bersama isi ikan sehingga lumat
- Masukkan keledek dan ikan bilis ke dalam periuk biar mendidih bersama bubur nasi
- Masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama kerisik ke dalam periuk dan kacau sehingga rata
- Masukkan santan kelapa dan kacau sehingga sebati
- Masukkan budu serta sayur- sayuran tadi dan kacau
- Kemudian masukkan garam secukup rasa, tambah air jika bubur terlalu pekat
Kerabu Pucuk Paku
Salam semua, hari ini saya nak cerita pasal kerabu pucuk paku. Walaupun zaman semakin moden tetapi makanan tradisional tidak dilupakan, barangkali cara untuk menyediakannya itu ramai yang tidak tahu kerana asyik makan makanan yang dimasak oleh mak je. Begitu juga dengan saya hahaha....
Satu hari saya cuba untuk menyediakan kerabu pucuk paku dan saya meminta adik saya menyediakan bahan. Adik saya memang mencebik bibir bila saya menyatakan hasrat saya itu sebab dia tahu saya ni suka masak yang simple je. Tanpa berlengah lagi saya mencari resepi kerabu pucuk paku dengan nenek dan cuba buat. Akhirnya dalam masa setengah jam siaplah kerabu pucuk paku dan dihidang di atas meja. Ha.....terkejut gorila dia melihat saya menyediakan kerabu pucuk paku itu dan tidak menduga saya boleh menyediakannya dan rasanya sedap sekali sampai menjilat jari. Kalau anda semua nak merasa kerabu pucuk paku berkunjunglah ke Terengganu memang best......
Satu hari saya cuba untuk menyediakan kerabu pucuk paku dan saya meminta adik saya menyediakan bahan. Adik saya memang mencebik bibir bila saya menyatakan hasrat saya itu sebab dia tahu saya ni suka masak yang simple je. Tanpa berlengah lagi saya mencari resepi kerabu pucuk paku dengan nenek dan cuba buat. Akhirnya dalam masa setengah jam siaplah kerabu pucuk paku dan dihidang di atas meja. Ha.....terkejut gorila dia melihat saya menyediakan kerabu pucuk paku itu dan tidak menduga saya boleh menyediakannya dan rasanya sedap sekali sampai menjilat jari. Kalau anda semua nak merasa kerabu pucuk paku berkunjunglah ke Terengganu memang best......
Pantai Tanjung Jara
Pantai Tanjung Jara diantara pusat peranginan yang terkenal di Terengganu. ramai yang datang ke sini untuk menenangkan fikiran atau menjalankan aktiviti hujung minggu bersama keluarga.
Kerabu pucuk paku
Bahan- bahannya :
- 3 ikat pucuk paku (rebus dan toskan airnya)
- 4 ekor ikan ( selayang/sardin) - direbus dan isinya ditumbuk
- 2 ulas bawang merah (tumbuk)
- Sedikit lada hitam (tumbuk)
- Sebatang serai (tumbuk)
- Setengah cawan santan pekat
- Secawan kelapa yang telah di mesin dan digoreng sehingga warna keperang- perangan
- Sedikit garam
- 1 sudu gula
- Masukkan bawang merah, lada hitam, serai dan isi ikan yang ditumbuk tadi ke dalam pucuk paku.
- Masukkan kelapa yang telah digoreng tadi
- Masukkan santan, garam, gula secukup rasa
- Gaulkan sehingga sebati dan sedia untuk di makan
Sunday, June 20, 2010
Penyu menangis di Rantau Abang
Rantau Abang memang terkenal dengan tempat penyu mendarat. Penyu Belimbing yang dikatakan paing besar dan hanya mendarat di beberapa tempat sahaja di dunia ini termasuk Rantau Abang. Kedudukan lokasi pantai yang strategik amat sesuai menjadi tempat pendaratan penyu untuk bertelur. Ada mitos kenapa penyu suka mendarat di sini sejak berabad dulu, cerita orang tua- tua mengatakan terdapat terdapat batu besar diatas bukit mengadap laut ini yang dikatakan menjadi mercu tanda kepada penyu untuk mendarat ke sini.
Batu besar di tepi pantai
Ramai orang datang ke sini setiap kali musim penyu naik bertelur dan sanggup tidur di sini semata- mata untuk menunggu dan melihat penyu. Begitu juga di sepanjang persisir pantai yang lain sewaktu dahulu. Sekarang ini penyu dikatakan sudah merajuk kerana kesemua telur- telurnya di ambil makan dan di jual oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab. Inilah merupakan punca utama kenapa penyu belimbing tidak lagi mendarat di sini.
Bukit yang mengadap laut
Thursday, June 17, 2010
Beca Berhias
Pada zaman dahulu beca merupakan salah satu kenderaan rakyat Terengganu. Pada zaman serba canggih ini juga masih ada lagi perkhidmatan beca yang ditawarkan walaupun sudah ada teksi dan bas untuk mengangkut penumpang ke tempat- tempat yang berdekatan. Kebiasaannya pembawa beca akan menunggu penumpang di hadapan pintu masuk utama Pasar Payang dan membawa mereka ke destinasi yang dituju di sekitar bandar Terengganu.
Penumpang beca yang akan di hantar ke destinasi yang ingin dituju
Cuba kita perhatikan betul- betul hiasan pada beca ini sangat unik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Beca ini juga melambangkan sosiobudaya rakyat negeri Terengganu kerana di hadapannya ada diletakkan 'terendok' iaitu sejenis topi yang digunakan oleh nelayan- nelayan untuk melindungi kepala dari sinaran mentari semasa menangkap ikan di laut. Lampu basikal yang asalnya kecil telah diubahsuai menjadi besar seperti motosikal melambangkan daya kreativiti yang tinggi. Melihat keadaan beca ini, sesiapa sahaja akan terfikir untuk mencubanya.
Wednesday, June 16, 2010
Keropok Lekor
Sebut saja keropok lekor, mesti ada yang terbayang negeri Terengganu. Sebut saja negeri Terengganu, pasti terkeluar "makan keropok lekor" itula telatah rakan- rakan saya sewaktu saya belajar dahulu. Bila mula je cuti semester, semua rakan- rakan yang rapat dengan saya memesan agar membawa keropok lekor selepas cuti. Saya suka mengusik cakap beli je kat pasar malam sini banyak kan jual, adala beberapa orang rakan saya sampai memujuk- mujuk saya agar membawanya. Mereka cakap keropok Terengganu sedap. Ada yang minta saya bawa lebih untuk di bawa pulang ke rumah ibu bapa mereka, sempat jugala saya berniaga keropok lekor di sana. Bagi sesiapa belum mencuba keropok lekor Terengganu datanglah ke Terengganu. Terdapat banyak kedai- kedai keropok lekor terpilih dan sedap.
Tuesday, June 15, 2010
Satar Ikan Yang Lazat
Jika berkunjung ke Terengganu, kita boleh jumpa di mana- mana saja orang menjual satar ikan sama ada di pasar malam, kedai- kedai makanan laut ataupun penjaja. "Makan sekali nak lagi" itula rasa satar ikan yang diperbuat daripada isi ikan segar dan dicampur dengan kelapa serta sedikit cili. Satar tadi akan dibalut dengan daun pisang dan dibakar sehingga masak.
Nasi Lemak Ikan Tongkol
Aha............mesti tertanya- tanya kenapa saya upload gambar nasi lemak ni. Ini bukan sebarang nasi lemak, semua negeri ada nasi lemak tetapi majoriti lauk bermacam- macam ada ikan bilis, ayam goreng, sotong dan sebagainya. Di Terengganu paling terkenal dengan nasi lemak lauk ikan tongkol atau lebih dikenali dengan 'ikan aya'. Mak cik saya dari Kelantan, sebelum sampai dah siap minta saya belikan nasi lemak ikan aya kerana sedap katanya dan di Kelantan susah nak cari. Begitu juga dengan kawan saya yang datang dari KL, perkara pertama dia nak cari nasi lemak ikan aya. Terengganu memang kebanyakkan nasi lemak yang dijual lauknya ikan aya atau ikan tongkol. Kelainan rasanya menyebabkan orang tertarik untuk mencubanya. Sesiapa yang ingin tahu, datangla ke Terengganu untuk mencubanya.
Pulau Rhu
Pulau Rhu merupakan diantara pulau- pulau terkecil yang terdapat di Malaysia. Pulau ini merupakan pulau yang paling hampir lokasinya dengan daratan dan tiada penempatan. Pulau ini cukup digemari oleh kaki pancing untung ke sana. Bagi kaki- kaki pancing bolehnya mencuba nasib di sana sambil menikmati keindahan alam semujadi. Dari bukit keluang anda boleh pergi ke sana dengan menggunakan bot biasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)