Pada zaman dahulu beca merupakan salah satu kenderaan rakyat Terengganu. Pada zaman serba canggih ini juga masih ada lagi perkhidmatan beca yang ditawarkan walaupun sudah ada teksi dan bas untuk mengangkut penumpang ke tempat- tempat yang berdekatan. Kebiasaannya pembawa beca akan menunggu penumpang di hadapan pintu masuk utama Pasar Payang dan membawa mereka ke destinasi yang dituju di sekitar bandar Terengganu.
Penumpang beca yang akan di hantar ke destinasi yang ingin dituju
Cuba kita perhatikan betul- betul hiasan pada beca ini sangat unik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Beca ini juga melambangkan sosiobudaya rakyat negeri Terengganu kerana di hadapannya ada diletakkan 'terendok' iaitu sejenis topi yang digunakan oleh nelayan- nelayan untuk melindungi kepala dari sinaran mentari semasa menangkap ikan di laut. Lampu basikal yang asalnya kecil telah diubahsuai menjadi besar seperti motosikal melambangkan daya kreativiti yang tinggi. Melihat keadaan beca ini, sesiapa sahaja akan terfikir untuk mencubanya.
No comments:
Post a Comment