Disini saya ingin berkongsi dengan anda apa yang menarik di Marang. Untuk makluman semua, Marang menjadi tumpuan para pelancong luar dan dalam negeri kerana ia menjadi tempat perhentian untuk menyeberang ke Pulau Kapas, Pulau Redang dan Pulau Gemia. Di sini juga terdapat satu jeti tempat nelayan mengumpul hasil tangkapan. Bagi sesiapa yang ingin menikmati ikan segar boleh berkunjung ke sini. Di sini juga kita boleh melihat perkampungan nelayan dengan rekaan rumah tradisional yang unik.
Pasar Bandar Marang
Masjid besar yang tersergam indah mempunyai senibina rekaan yang menarik menjadi persinggahan musafir untuk bersolat dan pelbagai aktiviti agama juga diadakan di sini.
Jeti Nelayan
Jeti yang menjadi pusat nelayan mengumpul hasil tangkapan sebelum di jual kepada pemborong dan peraih. Datanglah ke sini jika ingin membeli ikan segar dengan harga yang murah.
No comments:
Post a Comment