Sunday, June 27, 2010

Basah tekak di warung Air Gelas Besar





Setelah penat berjalan- jalan di sekitar bandar Terengganu, apa kata kita pergi basahkan tekak di Warung Air Buah Gelas Besar Pak Hassan yang terletak di Seberang Takir. Jika dari bandar Terengganu ia mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sini. Warung ini biasanya dipenuhi oleh pelancong yang datang dari dalam dan luar negeri. Penggemar air buah biasanya menjadikan warung ini sebagai sasaran kerana air buah yang dijual sangat asli dan segar. Ianya dinamakan Warung Air Buah Gelas Besar kerana air buah yang dijual disini akan dihidangkan dalam gelas yang berbeza saiz mengikut kehendak pelanggan. Warung ini juga menghidangkan pelbagai jenis makanan tradisional Terengganu seperti keropok lekor, nasi dagang dan nasi lemak ikan tongkol. Warung Air Buah Gelas Besar ini sangat popular di Terengganu dan pernah disiarkan di dalam rancangan Warung Kita di saluran Astro.

1 comment: