Beberapa hari yang lepas, saya bersama ahli keluarga menghadiri satu majlis kenduri kahwin di Besut dan kami berkesempatan mengunjungi pantai Bukit Keluang. Tempatnya yang menarik yang terletak tidak jauh dari Bandar Jertih dan Kuala Besut. Pasirnya yang bersih sesuai untuk berkelah dan menjalankan aktiviti bersama keluarga di hujung minggu.
" Saya ketua rombongan mendaki Bukit Keluang" itulah telatah salah seorang dari kumpulan saya yang datang ke sini.
Semua orang yang datang ke sini tidak ketinggalan mendaki tangga yang terdapat di tepi bukit untuk melihat permandangan di tengah laut. Di sebelah tangga juga ini terdapat sebuah lubang seperti gua masuk ke dalam bukit. Mitos sempena nama Bukit Keluang ini berkait dengan kehadiran banyak keluang yang menghuni gua ini
No comments:
Post a Comment