Monday, June 7, 2010

LA Hot Spring

Assalamualaikum semua, hari ini saya ingin membawa anda semua untuk menikmati keindahan alam semulajadi dengan permandangan yang menyejukkan mata yang terdapat di negeri Terengganu. Jom saya bawa anda mengembara ke beberapa kawasan hutan lipur dan air terjun di sekitar negeri ini dan salah satunya ialah LA Hot Spring.


Jom kita merendam kaki di kolam air panas La yang terletak di Kampung La bahagian utara negeri Terengganu iaitu di kaki Gunung Tebu. Bagi pencinta alam semula jadi dan yang gemarkan aktiviti lasak bolehlah mencabar minda dan fizikal anda untuk menyelongkar khazanah di dalam Hutan Simpan Gunung Tebu yang kaya dengan flora dan faunanya.

Kelihatan asap yang keluar di permukaan air menunjukkan suhu air agak tinggi, tetapi jangan risau terdapat kolam yang disediakan khas dan airnya suam untuk pengunjung menggunakannya. Ada segelintir pengunjung yang datang tidak melepas peluang untuk membasahkan badan di kawasan kolam yang disediakan kerana dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit dan sengal- sengal otot.

Selain dapat memanjakan diri di kolam air panas La, aktiviti lain yang terkenal di kawasan ini iaitu memancing dan berkhemah. Bagi mereka yang gemar menjalankan aktiviti luar, disini juga terdapat trek untuk mendaki ke puncak gunung.

No comments:

Post a Comment