Apa yang menarik di Dungun?
Setiap hari di awal pagi lagi memang ramai orang-orang tempatan datang untuk membeli sayur- sayuran dan ikan-ikan segar dengan harga yang berpatutan. Pelbagai jenis ikan segar, daging dan ayam boleh didapati di sini. Terdapat juga gerai- gerai makanan yang sentiasa dipenuhi pengunjung untuk bersarapan sebelum mencari barang keperluan. Pelbagai jenis kuih- muih dan nasi boleh didapati di sini.
Buah- buahan, sayur- sayuran dan ikan segar yang segar yang boleh didapati disini.
Pelbagai jenis ikan yang segar di jual.
Sungguh terpukau apabila melihat kecekapan penjual ikan memotong ikan dengan pantasnya mengalahkan kaum wanita
Jambatan ini menghubungkan Bandar Dungun dengan Seberang Pintasan, Tanjung Jara, Pantai Teluk Bidara dan kampung- kampung seberang.
Jeti Kuala Dungun merupakan tempat nelayan-nelayan mengumpulkan hasil tangkapan sebelumnya di pasarkan ke Pasar Besar Dungun. Lokasinya hanya di sebelah pasar.
No comments:
Post a Comment