Pasar Besar Kedai Payang atau kebih dikenali dengan 'Pasar Payang' yang tidak asing lagi di kalangan rakyat tempatan dan terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin berhampiran dengan muara sungai Terengganu. Bagi pelancong luar negara dan pengunjung dari luar Terengganu tidak akan ketinggalan untuk berkunjung ke sini.
Pintu masuk utama Pasar Besar Kedai Payang
Pelbagai jenis barangan dijual di sini diantaranya :
Tingkat atas : batik, sutera, songket, kain pasang, barangan kraftangan, tembaga, baju dan banyak lagi
Tingkat bawah : makanan ringan, keropok ikan, keropok lekor, barangan runcit,kuih- muih, sayur- sayuran, buah- buahan dan hasil laut.
Tempat letak kenderaan juga disediakan di sini bagi memudahkan para pengunjung datang ke sini.
No comments:
Post a Comment