Friday, June 4, 2010

Raja Berdaulat, Lambang Perpaduan


Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al- Muktafi Billah
Shah merupakan Sultan Terengganu yang ke- 16. Baginda juga merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-13, ketua
Perlembangaan Malaysia mulai 13 Disember 2006. Rakyat Malaysia aman dan damai di bawah payung naungan baginda. Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni  Al- Marhum Sultan Mahmud Al- Muktafi Billah Shah telah dipilih sebagai  Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong XIII dalam Mesyuarat Majlis Raja- Raja ke 208 (Khas) yang berlangsung pada 3 November 2006.  Perlantikan baginada telah berlangsung dalam satu adat istiadat yang gilang gemilang dan disaksikan oleh semua Raja- Raja Melayu serta Perdana Menteri bersama barisan Jemaah Menteri dan jemputan khas. Seluruh rakyat Terengganuamat berbesae hati dan turut berbangga dengan perlantikan ini memandangkan Seri Paduka Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong termuda yang pernah menjawat jawatan tersebut.

Seri Paduka Baginda merupakan seorang raja yang berjiwa rakyat. Banyak pembangunan berjaya dikecapi rakyat Terengganu khasnya dan Malaysia amnya semasa dibawah tapuk pemerintahan baginda. Pada tanggal 28 Mac 1996 Seri Paduka Baginda telah diijabkabulkan dengan Seri Paduka  Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan ikatan suci mereka telah tersimpul rapi dengan kehadiran dua orang puteri dan dua orang putera. Putera sulungnya telah diangkat menjadi Pemangku Raja Terengganu iaitu Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mohammad Ismail. Semoga negeri Terengganu khasnya dan Malaysia amnya aman dan sentosa serta dicucuri rahmat dari Allah selalu di bawah pemerintahan baginda. - sumber dipetik dan diubahsuai dari Info Penggerak Minda Rakyat-

No comments:

Post a Comment