Sunday, June 27, 2010

Keretapi Terengganu

Replika Keretapi Pengangkut Bijih besi


Semua orang pasti terkejut apabila melihat tajuk keretapi di Terengganu sebab Terengganu mana ada keretapi. Tetapi sebenarnya pada suatu ketika dahulu  keretapi pernah wujud di negeri Terengganu dan ianya digunakan untuk mengangkut bijih besi dari Bukit Besi ke Jeti Sura. Menurut cerita penduduk setempat, bijih besi diangkut menggunakan keretapi dari Bukit Besi ke pesisir pantai. Mereka menggunakan tongkang untuk membawa semua bijih besi ke tengah laut untuk dimuat ke dalam kapal yang besar. Gambar diatas menunjukkan bentuk keretapi yang digunakan untuk mengangkut bijih besi suatu masa dahulu. Replika keretapi ini terdapat berhampiran dengan pam minyak Shell berhampiran lampu isyarat di Sura Gate daerah Dungun.


Maklumat Tentang Keretapi










No comments:

Post a Comment